Buat kali ke-5 dalam hidupnya, pelakon yang namanya melonjak naik selepas filem ikonik ‘Pretty Woman’, Julia Roberts telah dinobatkan oleh People sebagai 2017 World’s Most Beautiful Woman!
Julia Roberts dalam filem romantik komedi Pretty Woman
Roberts diberi penghormatan ini buat pertama kalinya 26 tahun yang lalu pada tahun 1991 dan kemudiannya pada tahun 2000, 2005, dan 2010.
“Saya amat berbesar hati,” nyata Roberts kepada ketua pengarang People Jess Cagle.
Pelako berusia 49 tahun itu juga mengimbas kembali waktu Pretty Woman dikeluarkan dan dia sendiri tidka menyedari signifikasi peranan yang dia mainkan dalam filem tersebut bakal mengubah hidupnya completely.
“Saya ingat lagi membaca… ‘Pretty Woman keluar pada hujung minggu ini dan telah meraih keuntungan sebanyak ini,’ dan saya berfikir, ‘Banyak ke? Ini berita baik kan? Bagus sangat ke?’ Saya benar-benar tidak tahu pada waktu itu.”
Foto: Josh Olins
Mengenai kecantikannya pula, Roberts sendiri pernah menyatakan yang dia lebih suka kepada idea natural aging daripada mendapatkan pembedahan untuk kekal muda.