Victoria’s Secret mengumumkan lokasi peragaan tahun ini akan diadakan di Paris buat pertama kalinya!
Kebiasaannya ia akan difilemkan di New York namun lokasi tersebut ditukar kepada London pada 2014 dan kini mereka beralih ke kota romantis Perancis pula.
Antara model yang telah disahkan terlibat dalam peragaan kali ini adalah model veteran Adriana Lima, Alessandra Ambrosio dan Lily Alridge.
Selain itu, Elsa Hosk, Jasmine Tooke, Josephine Skriver, Martha Hunt dan Taylor Hill juga bakal menyertai angels squad 2016. Pertunjukan fesyen Victoria’s Secret akan diudarakan pada 5 Disember 2016 di CBS.