Valentino Mahu Membeli Balmain Dengan Harga €500 Juta
Disebalik kesibukan minggu fesyen adi busana Valentino dikatakan berhasrat untuk membeli jenama Balmain di bawah arahan kreatif Olivier Rousteing dengan harga €500 juta seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Perancis Les Echoes.
Selain Valentino, Balmain turut mendapat tawaran daripada sebuah kumpulan fesyen dari China dan juga pelabur dari Amerika Syarikat dan menurut akhbar tersebut, kedua-dua Valentino dan Balmain masih lagi belum mengeluarkan kata putus.
Les Echoes juga melaporkan bahawa dengan penjualan ini, jenama Balmain boleh bernilai sehingga €300-€400 juta. Buat masa kini, pendapatan tahunan untuk Balmain bernilai €30 juta mengikut laporan Business of Fashion.
Jika tawaran ini benar, waris dan pemilik Balmain yang kini diberikan masa sehingga Khamis, 7 April tahun ini untuk membuat keputusan. Maklumat ini dilaporkan sejurus selepas waris Hivelin yang menyatakan hasrat mereka untuk menjual jenama tersebut.