Tiada Siapa Mahukan Justin Bieber di Beverly Hills

Tiada Siapa Mahukan Justin Bieber di Beverly Hills

Is it too late now to say sorry?

 

Lagu itu mungkin merupakan lagu hit Justin Bieber yang digilai ramai namun nampak gayanya memang sudah sudah terlambat buat Bieber untuk meminta maaf kepada penduduk Beverly Hills.

 

Penduduk di lokasi mewah yang terkenal itu dilaporkan enggan menyewakan rumah mereka kepada penyanyi 23 tahun itu tidak kira berapa banyak wang yang ditawarkan olehnya. Sebab mereka? Menurut Page Six adalah perangai buruk Bieber yang sering dipamerkan olehnya menerusi media massa.

 

Buat masa ini Bieber menyewa bilik di sebuah hotel di Beverly Hills kerana dia masih tidak menjumpai rumah yang boleh disewa olehnya.

 

“Justin ingin menyewa sebuah estet besar, tetapi ramai pemilik hartanah di Beverly Hills, kebanyakannya untuk disewa, sudah bersatu dan tidak ada seorang pun yang mahu menyewakan rumah mereka kepada Justin,” menurut seorang ejen hartanah Hollywood. “Kami berfikir yang ramai yang mungkin mahukan seorang selebriti menyewa di rumah mereka — Justin juga menawarkan harga $100,000 sebulan untuk lokasi yang tidak sampai pun harga itu. Namun dia dan pengiringnya mempunyai reputasi merosakkan rumah sewa mereka dan sukar untuk membayar ganti rugi selepas itu.”

See also
Penyanyi 'Last Christmas' George Michael Meninggal Dunia Pada Usia 53

 

Dia juga pernah membaling telur ke rumah jirannya di Calabasas sebelum ini?

 

Ini juga bukanlah kali pertama Bieber dilarang daripada memasuki sesebuah kawasan di bumi ini. Bieber telah dilarang untuk menjejak ke tanah China kerana “perangai buruknya ketika tinggal di luar negara dan sewaktu persembahannya di China telah mengganggu pihak umum. Untuk menjaga pasaran hiburan tempatan dan menjaga ketenteraman, kami merasakan ia wajar untuk tidak membawa masuk penyanyi dengan perangai tidak senonoh.”