Reaksi Caitlyn Jenner Terhadap Kenyataan Kris Jenner - Glam Malaysia

Reaksi Caitlyn Jenner Terhadap Kenyataan Kris Jenner

Minggu lalu E! mengeluarkan sebuah klip di mana Kris Jenner berbicara bersama dengan Kim dan Khloe mengenai memoir terbaru Caitlyn ‘The Secrets of My Life’ yang menceritakan pengalaman Caitlyn dengan proses transisinya.

 

Di dalam memoir itu juga Caitlyn menyatakan bahawa Kris tahu mengenai dilema yang dihadapi Caitlyn sewaktu dia masih lagi Bruce dan kenyataan tersebut membuatkan Kris terasa hati dengan Caitlyn.

 

Baru-baru ini, wanita berusia 67 tahun itu ditunjukkan klip tersebut semasa membuat kemunculan dalam rancangan Good Morning America.

 

Caitlyn menyatakan bahawa dia tidak menyaksikan episod tersebut pada malam itu dan mengaku yang dia jarang melihat rancangan tersebut.

 

Dia kemudiannya memberitahu hos rancangan tersebut yang memoirnya menunjukkan kejujurannya dan perspektifnya sendiri.

 

“Secara jujurnya, apabila anda menulis sebuah buku pasti akan ada pendapat yang berbeza. Saya mempunyai ramai teman — yang mengetahui perkara sebenar dan tahu apa yang sudah saya lalui dan juga tahu akan situasi kesuluruhannya.”

See also
Tengku Syahmi: The Second Act

 

Dalam satu tembual menerusi Facebook Live, Caitlyn juga menyatakan yang dia banyak mengatakan perkara yang baik mengenai Kris di dalam memoirnya.

 

If you’re unhappy with my memoir, write your own,” cabar Caitlyn.