Princess Leia a.k.a Carrie Fisher Meninggal Dunia - Glam Malaysia

Princess Leia a.k.a Carrie Fisher Meninggal Dunia

 

Pelakon ikonik Carrie Fisher yang amat dikenali dengan lakonannya sebagai Princess Leia dari Star Wars telah meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung pagi semalam.

 

 

Carrie mengalami serangan jantung pada Jumaat lalu selepas terbang dari London ke Los Angeles dan telah dimasukkan ke sebuah hospital di Los Angeles sejak hari itu sebelum pemergiannya.

 

Carrie yang juga dikenali dalam kalangan rakan-rakannya adalah seorang pelakon dan penulis merupakan seorang individu yang berani, kental dan pemberi harapan.

 
December 4, 2015 - Hollywood, California, U.S. - Carrie Fisher ''Star Wars the Force Awakens' (Credit Image: © Armando Gallo/Arga Images via ZUMA Studio)
 

Anak perempuan kepada Eddie Fisher dan Debbie Reynolds ini memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan di pentas Broadway melalui pementasan ‘Irene’ di mana ibunya juga terlibat sekali. Diikuti dengan debutnya dalam layar perak melalui ‘Shampoo’ pada tahun 1975. Carrie ditawarkan watak Princess Leia pada tahun 1977.

 

 

Sebagai seorang pelakon dan bintang yang dikenali di seluruh dunia, Carrie tidak segan dan sangat lantang dalam mengongsikan kisahnya bertarung dengan masalah mental — Carrie didiagnosis dengan bipolar disorder — dan juga pengunaan dadah.

See also
Behati Prinsloo dan Adam Levine Kongsi Gambar Anak Sulung

 
October 22, 2009 - New York, New York, U.S. - Carrie Fisher (Credit Image: © Lynn Goldsmith via ZUMA Press)
 

Carrie tidak menyerah kalah dengan masalah-masalah dihadapinya sehinggkan dia menggunakan masalah mentalnya dan masalah penggunaan dadahnya untuk menghasilkan karya yang membolehkan dia bercerita dan berkongsi dengan khalayak ramai. Seperti novel “Postcards From the Edge” dan pertunjukan individu “Wishful Drinking,” di mana dia menjadikannya sebagai sebuah memoir selepas itu.

 

 

Selain daripada trilogi Star Wars dan Star Wars: The Force Awakens pada tahun 2015 , Carrie Fisher juga berlakon di dalam The Blue Brothers, When Harry Met Sally, The Burbs, Hannah and Her Sisters dan banyak lagi.

 

 

Dalam satu temubual bersama Rolling Stone, jawapan Carrie apabila ditanyakan sama ada dia takut dengan kematian atau tidak, Carrie menjawab:

 

“Tidak. Saya takut dengan mati. Apa sahaja yang berkaitan dengan kesakitan, saya tidak suka. Saya sudah berada di sisi beberapa orang ketika mereka sedang nazak; ianya nampak tidak menyeronokkan. Tapi kalau sayalah yang sedang nazak, saya mahukan seseorang seperti saya di sisi saya. Dan saya akan berada di sana!”

See also
Koleksi Gancini Meraikan Simbol Kebangaan Salvatore Ferragamo

 
https://www.facebook.com/thedebbiereynolds/posts/811585312313920