Pemergian Stan Lee Meninggalkan Legasi Besar Kepada Dunia Hiburan
Awal pagi Isnin (waktu Los Angeles), dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita pemergian ikon Marvel Stan Lee.

Pemergian mengejutkan ini adalah ikutan laporan beberapa bulan lalu tentang kesihatan penulis dan pengarang komik terkenal ini apabila dia dimasukkan ke hospital pada bulan Februari yang lalu. Namun Lee sempat menyatakan pihak umum tidak perlu risau.
Lee memulakan kerjayanya dalam industri komik sejak tahun 1940-an lagi and the rest is history. Inovasi Lee dalam industri ini telah melahirkan puluhan watak ikonik yang menjadi dambaan dan pujaan serata dunia. Dari Spider-Man ke Iron Man hingga ke Black Panther, Lee telah meninggalkan legasi yang besar buat peminatnya.
Malah Lee juga menerima perhatian untuk penampilan istimewanya dalam setiap filem Marvel yang dikeluarkan, terutamanya pada detik-detik klimaks filem tersebut. Making him even more memorable.
Ikutan berita menyedihkan ini aktor dan aktres yang pernah bekerjasama dengan legenda ini berkongsikan kesedihan mereka melalui akaun media sosial.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Minum Elektrolit Untuk Kekal Hidrasi Badan
Apr 30, 2026
Jacob Elordi Kini Wajah Baharu BLEU DE CHANEL
Apr 29, 2026
Michael Jackson Biopic Pecah Rekod Box Office Dunia
Apr 29, 2026
Matthieu Blazy Membawa Chanel Cruise 2026 Kembali Ke Laut
Apr 29, 2026
GLAM Weddings: Ok Taecyeon 2PM Kahwin Secara Intim
Apr 29, 2026
5 Podcast Wanita Untuk Temani Momen ‘Me Time’ Anda
Apr 29, 2026
‘Flight Mode’ Oleh Louis Vuitton Buat Gaya Kembara Dinamik
Apr 29, 2026
