Kris Jenner Akhirnya Mengesahkan Kehamilan Khloé dan Kylie?
Hampir sebulan sudah berlalu semenjak laporan media barat mengemas kini berita kehamilan keluarga Kardshian. Selain Kim, Khloé dan Kylie masih belum lagi mengesahkan mahupun menafikan laporan tersebut disebalik beberapa kenyataan daripada sumber-sumber sekeliling mereka.
Kylie baru-baru ini juga telah mengejutkan peminatnya dengan sbuah klip video rakaman dia menunjukkan sedikit perutnya yang kelihatan besar dengan kehamilannya dan itu sahaja.
Kini satu lagi kemas kini hadir dalam bentuk Kris Jenner di mana dia secara tidak langsung telah mengesahkan kehamilan kedua-dua orang anaknya?
Entertainment Tonight berkesempatan untuk menemubual Kris di New York di mana momager itu membuat penampilan acara di WWD Apparel & Retail CEO Summit. Dalam temubual itu juga Kris telah membincangkan nasihat yang diberikan kepada anak-anaknya dalam mencari keseimbangan antara kerjaya mereka dan tuga sebagai ibu dan bapa.
“Saya rasa mereka melihat melalui contoh. Kami semua bersama jadi saya tidak perlu duduk dengan setiap seorang dan berkata, ‘OK, apabila anda semua sudah dewasa, atau dikurniakan cahaya mata…’ Kami terlibat secara langsung dengan kehidupan masing-masing membuatkan saya rasa mereka nampak bagaimana kami menguruskan hidup kami.”
“Saya mendidik anak-anak saya dari hari pertama lagi, keluarga adalah segalanya — jadi kelaurga harus diutamakan. Mereka juga sentiasa tahu apa yang mereka mahukan dan saya merasa sangat bangga. Anak-anak mereka sering didahulukan dan saya rasa itu sangat penting.”
Membincangkan kehidupan Khloé pula Kris menyatakan dia sangat gembira dengan keadaan hidup anak ketiganya itu dan juga hubungannya bersama Tristan Thompson.
“Kami sangat menyanyangi Tristan, dan dia juga sangat gembira, dan sudah melalui pelbagai kesuakaran. Dengan hanya melihat keupayaannya untuk melakukan sesuatu yang kreatif dengan Good American — itu adalah minatnya. Tambah pula dia juaga berada dalam keadaan yang gembira dengan kehidupan peribadinya. Dia sangat bahagia.”
Apabila ditanya tentang bagaiman Kylie akan menguruskan kehidupannya ikutan “perubahan besar dalam hidupnya” terutamanya dalam urusan perniagaan mekapnya, Kris yakin yang Kylie berkemampuan untuk menguruskan segalanya.
“Saya rasa dia sangat tabah. Ketabahannya sebagai seorang wanita, usahawan, dan apa sahaja yang sedang berlaku dalam hidupnya — dia boleh menempuh apa sahaja. Saya sangat bangga dengannya. Dia seorang gadis yang baik dan berhati mulia.”
Smart move, Kris.