All That Glitter: Drama Bersiri Mengisahkan Perjalanan Karier Anna Wintour
Foto: Dominic Lipinski/POOL/PI
Kita sudah menyaksikan beberapa filem yang berkisarkan gaya hidup dan kerjaya mereka yang bekerja untuk sebuah majalah fesyen. Namun, hampir kesemuanya adalah fiksyen. Bukan niat ingin mengatakan apa yang mereka tampilkan adalah tidak benar tetapi have you ever wondered how Anna Wintour works pada realitinya?
Jika anda menjawab “Ya” then bersiap sedia untuk sebuah rancangan bersiri terbaru “All That Glitters” oleh NBC Universal bakal menemui anda tidak lama lagi.
Berdasarkan buku oleh Thomas Maier, Newhouse, yang telah memenangi anugerah, rancangan bersiri selama enam jam ini akan menceritakan kisah antara ketua pengarang Vogue US Anna Wintour dan hubungannya serta persaingan bersama bekas pengarang Vanity Fair Tina Brown.
Kedua-dua wanita ini bersaing untuk menjadi nombor satu dalam industri yang dikuasai oleh lelaki dan dipenuhi dengan ketamakan dan pengkhianatan, penonton bakal menyaksikan bagaimana mereka mencari jalan untuk mengubah dunia di sekeliling mereka – Tina melalui selebriti dan high-culture, dan Anna melalui nalurinya dalam high fashion dan mencari bakat baru.