Kendall Jenner Membuka Cerita Kontroversi Iklan Pepsi

Kendall Jenner Membuka Cerita Kontroversi Iklan Pepsi

Episod pertama musim baru rancangan Keeping Up With The Kardashian telah memberikan banyak kemas kini perihal kehidupan keluarga popular itu (no news perihal kandungan Kylie dan Khloé lagi) seperti kehidupan Khloé di Cleveland bersama teman lelakinya, Kris mendapat tahu bekas suaminya telah menjalani pembedahan tanpa pengetahuan keluarganya, dan Kendall akhirnya membuka cerita perihal kontroversi iklan Pepsi yang dibintanginya sebelum ini.

 

Enam bulan selepas kontroversi itu, orang ramai yang meminta penjelasan daripada model 22 tahun itu akhirnya mendapat apa yang mereka mahukan.

 

Dalam episod itu, isu tersebut dibangkitkan semasa dua orang kakaknya, Kourtney dan Khloé, sedang menjalani sesi rawatan muka sebelum Kourtney menghubungi Kendall untuk mengetahui status model muda itu selepas kontroversi itu tercetus.

 

“Kendall telah membintangi satu iklan dan iklan tersebut menyebabkan satu kontroversi yang besar, dan Kendall telah dipersalahkan sepenuhnya,” terang Khloé.

 

“Kendall cuba untuk menjadi lebih peka kepada isu-isu sosial dan apa sahaja kerja yang di terima dan bagaimana ia boleh memberik impak kepada orang lain, ia menjadi satu perkara yang dia benar-benar ambil berat. Dia juga seorang yang sensitif tentang hal sebegini. Niat Kendall bukanlah untuk tidak menghormati atau menyakitkan sesiapa.”

See also
Gaya Nuansa Nautika Lacoste

 

Selang beberapa minit selepas itu Kendall sendiri muncul untuk memebri penjelasannya sendiri.

 

“Pada mula saya mendapat tawaran itu, ia sebuah syarikat yang besar pula. Mereka yang saya ikuti merupakan individu yang sangat ikonik. Michael Jackson pernah melakukannya, Britney Spears juga pernah, Beyoncé, Pink, dan ramai lagi. Untuk menerima [tawaran] seperti ini membuatkan saya teruja. Saya percaya pada semua orang. Saya percaya pada pasukan yang terlibat. Selepas saya melihat reaksi orang ramai, dan membaca pendapat umum, saya nampak dengan jelas apa yang salah. Saya tersekat dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan jadi saya terus menghilangkan diri.”

 

Kendall kemudiannya mula menangis apabila mengenangkan kerjayanya yang baru nak naik akan berakhir begitu sahaja “Saya merasa sangat bersalah kerana ada orang yang tersinggung dengan tindakan saya itu. Saya rasa bersalah perkara ini diambil dengan pendekatan yang salah, I feel like sh-t. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bangkit daripada hal ini. Saya tidak tahu apa yang patut saya buat… Saya tidak akan menyinggung sesiapa pun dengan sengaja dan jika saya tahu ini hasilnya, saya tidak akan meneruskannya tapi saya tidak sedar semasa saya sedang seronok. Saya merasa sangat bodoh. Kenyataan yang saya akan menyinggung orang lain bukanlah niat saya, dan itu menjadi satu isu buat saya.”

See also
Borrowed From The Boys: Jenna Lyons

 

Pada penghujung episod ini juga kakaknya, Kim, juga turut tampil memberikan nasihat kepada adiknya itu.

 

“Ini merupakan pengalaman betul pertama kamu mengenai hal ini. Ini akan menjadi pengajaran paling besar… Memang ia rasa teruk, tetapi apa yang kamu boleh buat adalah menjadi jujur. Kamu tidak boleh menghiraukan hal ini. Tidak sama sekali. Ia perlu memberi kesan kepada kamu dalam bentuk pengajaran,” ujar Kim.