Kebenaran Tentang Kehamilan Khloé dan Kylie Akhirnya Didedahkan?

Kehamilan Khloé Kardashian dan Kylie Jenner Telah Disahkan?

Desas-desus menyatakan Khloé Kardashian dan Kylie Jenner sudah hamil namun ada pula yang menyangkal laporan tersebut. Pada masa yang sama keluarga Kardashian sendiri tidak mengiyakan mahupun menidakkan kenyataan yang membuat roang ramai celaru dan ingin tahu. Malah laporan daripada “sumber-sumber” tertentu juga semakin mengelirukan peminat.

 

Foto Lars Niki/Corbis via Getty Images

Selain Kim yang kini menantikan kelahiran cahaya mata ketiganya, Khloé dan Kylie sendiri enggan memberi sebarang kenyataan berkenaan hal ini. Tetapi kini segalanya berubah dengan ucapan menyentuh hati daripada Kris Jenner sendiri sewaktu sesi makan malam bersama keluarganya.

 

Dalam episode khas terbaru KUWTK dan sempena Thanksgiving, Kris dilihat bersama keluarganya dan mereka mula menyatakan apa yang membuatkan mereka bersyukur untuk dan Kylie telah menjawab “Kris” sebelum Kris mula menjadi emosi dan membongkar pertanyaan yang dinanti-nantikan ramai.

 

I used to pray that one of you guys would have a baby; now it is like a faucet that we turned on and it won’t turn off. The fact that I have all of my grandchildren, it has been the most amazing journey to watch your kids because it is truly the meaning of life,” ucap Kris disebalik tangisannya.

See also
Rahsia Tampil Bergaya dengan Blazer Coklat – Trik yang Ramai Tak Tahu!

 

Okay not really a confirmation but we will take what we can!