The Kardashians Kecewa Dengan Memoir Caitlyn Jenner
Dalam satu klip video terbaru daripada rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians, Kris Jenner, Kim Kardashian West, dan Khloé Kardashian is done with Caitlyn Jenner.
Hal ini berlaku kerana Caitlyn sebelum ini telah menghadiahkan Kris memoir terbarunya ‘The Secrets of My Life’ yang mengisahkan detik-detik hidup Caitlyn sebelum dan semasa transisinya dan di dalam memoir itu, Caitlyn menyifatkan Kris sebagai seorang yang tidak mengambil peduli dengan krisis yang dihadapi Caitlyn.
“Basically the only nice thing she had to say was that I was great, socially, at a party one time. None of it makes sense. Everything she says is all made up. Why does everything have to be that Kris is such a b*tch and an a**hole?” luah Kris kepada Kim dan Khloé dalam klip tersebut.
Caitlyn juga pernah mendakwa sebelum ini yang bekas isterinya itu pernah menolak idea Caitlyn untuk melalui transisi dan dia tahu apaila mereka berkahwin.
“Kesuluruhan buku itu seperti dipenuhi dengan ‘Kris tahu.’ Kris tahu sebelum saya meniduri dia. Saya macam, ‘What?’” sambung Kris lagi diikuti dengan ekspresi terkejut Khloé.
Petikan daripada memoir terbaru Caitlyn itu juga turut menyatakan:
I tell Kris about my gender issues before I make love to her. This will always be a subject of dispute between us. She insists that she was taken by surprise by my ultimate transition to Caitlyn, which obviously means in her mind that she did not know enough.
Kim yang tidak pernah berhenti menyokong Caitlyn turut menghormati perasaan wanita tersebut cuma dia tidak faham kenapa Caitlynn perlu melayan Kris sebegini?