600 Individu Bertuah Telah Dijemput Menghadiri Wedding of The Year

Kad Perkahwinan Meghan Markle dan Putera Harry Dihantar Kepada 600 Orang Bertuah

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

It is really happening ladies and gentlemen!

 

Foto Danny Martindale/WENN

Jemputan lagi bermakna daripada mana-mana parti besar tahun ini, Istana Kensington mengumumkan sebanyak 600 jemputan perkahwinan telah diutuskan kepada mereka yang terpilih untuk menghadiri majlis istimewa menyatukan Meghan Markle dan Putera Harry 19 Mei ini di Gereja St. George.

 

Jemputan ini juga merupakan jemputan rasmi untuk menyertai resepsi luncheon khas oleh Ratu Elizabeth sendiri. Acara anjuran Putera Charles pada waktu malam pula hanya akan dihadiri oleh 200 jemputan sahaja.

 


Mengikut tradisi kerabat yang telah bermula sejak tahun 1985, Barnard and Westwood telah dipertanggungjawabkan untuk mereka dan menguruskan proses istimewa dan penuh makna ini.

See also
Adele Sekali Lagi Memecah Rekod Dengan Albumnya

 


Setiap satu daripada 600 jemputan ini juga turut menampilkan Three-Feathered Badge milik Putera Wales, Putera Charles, yang dicetak menggunakan rona emas. Khidmat seorang pakar, Lottie Smith, telah digunakan untuk mencetak semua jemputan ini menggunakan mesin khas daripada tahun 1930-an.

 

Informasi lain yang ditampilkan dalam kad jemputan ini adalah peraturan pakaian yakni uniform, morning coat atau lounge suit untuk lelaki, dan day dress bersama topi untuk wanita.

 

Putera Harry dan Markle mengumumkan pertunangan mereka secara rasmi pada bulan November tahun lalu dan diikuti pula dengan pengumuman tarikh perkahwinan mereka tidak lama selepas itu.

 

Untuk melihat proses unik ini, klik seterusnya.