Beberapa Laporan Menyatakan Fattah Amin Dan Fazura Sudah Bernikah

Fattah Amin dan Fazura Dikatakan Akan Bernikah Di Mekah?

Khabar angin bertiup kencang dengan spekulasi pasangan hangat Malaysia, Fattah Amin dan Fazura, yang dikatakan sudah bernikah secara senyap pada malam semalam sebelum mereka berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah. Namun ini masih lagi dianggap spekulasi semata-mata kerana kedua-dua belah pihak masih lagi belum tampil untuk sebarang kenyataan rasmi.

 

Foto Instagram/fattahaminz

Walau bagaimanapun, pengurus Fattah Amin telah menyatakan bahawa kenduri yang diadakan di rumah nenek Fazura malam tadi adalah kenduri doa selamat sebelum Fattah, Fazura dan keluarga mereka berangkat ke Mekah.

 

Ada pula sumber lain menyatakan yang pasangan ini merancang untuk bernikah di Mekah sambil mengerjakan umrah namun ini juga sudah disahkan tidak benar sama sekali.

 

“Saya tidak pasti bila kenyataan itu akan dikeluarkan. Mungkin dalam tempoh terdekat. Apa yang pasti selepas pulang ke tanah air kelak akan ada sidang media daripada mereka berdua,” ujar pengurus Fattah, Shakirin Shak atau Acha.

See also
Kendall Jenner Pula Dikatakan Hamil?

 

Pasangan itu hanya sempat mengeluarkan kenyataan meminta urusan mereka di sana dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.

Sehubungan dengan itu Fattah dan Fazura juga bakal mengadakan sidang media tanggal 23 November ini. Lokasi dan waktu sidang media itu akan diumumkan kelak.