Dari DKNY Kembali Ke Public School - Glam Malaysia

Dari DKNY Kembali Ke Public School

Pengarah Kreatif DKNY Maxwell Osborne dan Dao-Yi Chow yang bermula memegang portfolio tersebut mulai April 2015 telah membuat keputusan untuk meninggalkan DKNY pada hujung tahun ini untuk menumpukan perhatian mereka kepada jenama mereka sendiri, Public School.

 

Maxwell Osborne dan Dao-Yi Chow semasa pertunjukan koleksi RTW S/S 2017 di New York

Maxwell Osborne dan Dao-Yi Chow semasa pertunjukan koleksi RTW S/S 2017 di New York


 

Keputusan itu dibuat sejurus sahaja DKNY dan syarikat induknya dijual kepada G-III Apparel Group dengan nilai $650 juta pada bulan Julai tahun ini.

 

“Disebabkan penjualan syarikat dan beberapa perubahan dari segi strategi, kami telah membuat keputusan untuk menarik diri dan memberi fokus kepada perniagaan kami sendiri Public School,” kata mereka berdua dalam satu kenyataan.

 

“Ianya merupakan suatu pengalaman yang menarik untuk diberi peluang bekerja dengan orang-orang yang hebat di DKNY, terutamanya pasukan rekaan kami dan juga atelier kami. Kami mendoakan kejayaan syarikat ini pada masa akan datang.”

 

Selain Maxwell dan Dao-Yi, CEO DKNY Caroline Brown juga bakal mengundurkan diri pada hujung tahun ini.

See also
Tommy Hilfiger Tidak Akan Menyertai New York Fashion Week

 

 Kanan sekali: Caroline Brown

Kanan sekali: Caroline Brown

“Donna Karan International bakal bertukar pemilikan dan [mungkin juga] arah yang baru, saya membuat keputusan untuk mengundurkan diri dan mencari peluang baru,” kata Caroline yang sudah bersama DKNY selama 2 tahun.

 

Donna Karan sendiri, selaku penasihat jenama tersebut selepas dia melepaskan DKNY pada tahun 2015 , berkata bahawa Donna Karan akan sentiasa berada di dalam hatinya dan dia menganggap mereka semua sebagai satu keluarga.

 

Donna Karan

Donna Karan


 

Sementara mereka mencari pengganti CEO dan Pengarah Kreatif baru untuk DKNY, Morris Goldfarb selaku Pengerusi dan CEO G-III Apparel Group akan mengendalikan syarikat tersebut dengan bantuan Donna Karan.  

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid