Butiran Rancangan Sewaktu Kememangkatan Ratu Elizabeth - Glam Malaysia

Butiran Rancangan Sewaktu Kememangkatan Ratu Elizabeth

HRH Ratu Elizabeth semasa Commonwealth Observance Day di Westminster Abbey
Foto: WENN.com

Saat Ratu Elizabeth menghembuskan nafas terakhir menandakan perubahan yang besar bukan sahaja untuk England malah seluruh dunia.

 

The Guardian telah menerbitkan satu rencana menarik yang mengandungi butiran terperinci rancangan pihak Istana Buckingham sejurus selepas kemangkatan Ratu Elizabeth kelak.

 

Rancangan ini telah diberi nama Operasi London Bridge

London Bridge is down,” adalah mesej pertama yang akan disampaikan kepada Perdana Menteri dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Semua yang terlibat akan mengetahui maksud kod ini.

 

Kemangkatan Ratu Elizabeth mungkin disebabkan penyakit yang singkat

Beberapa hari sebelum kemangkatan Ratu Elizabeth, khalayak umum akan diberi “amaran” seperti yang pernah dilakukan semasa kemangkatan Ratu Victoria.

 

Ketua-ketua negara akan menjadi individu-individu pertama yang akan diberitahu

Setiusaha peribadi Ratu Elizabeth, Christopher Geidt, akan menghubungi perdana menteri England dan juga ketu-ketua negara Commonwealth.

 

See also
Mariah! Oh, Mariah!
Pihak media akan menerima newsflash

Maklumat akan disebarkan secara meluas kepada setiap agensi media  dan menurut Guardian juga ada organisasi berita yang sudah menyediakan rakaman, temubual dan pakej tertentu untuk siaran langsung.

 

Terdapat mekanisme istimewa di beberapa institusi berita

Di setiap stesen radio British, lampu biru akan mula berkelip menandakan kepada DJ untuk menukarkan siaran kepada berita  dan setiap stesen radio ini sudah menyediakan lagu-lagu sedih yang akan dimainkan pada hari tersebut. Stesen radio mungkin juga akan terus senyap untuk beberapa jam seperti waktu kemangkatan Raja George VI.

 

Seorang pelayan lelaki akan menampalkan notis pada pagar Istana Buckingham

Mengikut Guardian, pada masa yang sama, seorang pelayan lelaki yang memakan pakai berkabung akan muncul di sebalik pintu Istana Buckingham, berjalan melalu jalan berkerikil dan menampalkan notis pada pagar Istana. Laman sesawang istana juga akan ditukarkan kepada satu muka surat menampilkan teks yang sama.

 

Charles akan menaiki takhta pada hari keesokannya pada jam 11:00 pagi

Charles akan menaiki takhta sebagai Raja Charles dan isterinya, Camilla, akan menjadi Ratu Camilla. Putera William dan Kate Middleton akan menjadi Putera dan Puteri Wales.

See also
Behati dan Adam Sambut Ulang Tahun Ketiga!

 

Upacara pengebumian akan dijalankan pada hari ke-9 kemangkatan Ratu Elizabeth

Pihak rasmi menggelarkan hari tersebut “D+9” dan kebanyakan rakyat England akan diberi cuti pada hari tersebut.

 

Upacara akan dijalankan secara besar-besaran

Lebih kurang 10,000 jemputan akan menghadiri upacara tersebut dan Ratu Elizabeth juga akan menjadi Ratu pertama yang mendapat upacara pengebumian di Westminster Abbey sejak tahun 1760. Keranda beliau akan diberi penutup palsu, untuk menampilkan permata mahkota. Perarakan yang akan memakan masa selama 28 minit ini juga boleh memuatkan sejuta orang.