Brad Pitt Bersuara Buat Kali Pertama Selepas Perceraiannya - Glam Malaysia

Brad Pitt Bersuara Buat Kali Pertama Selepas Perceraiannya

Selepas berita penceraian antara Brad Pitt dan Angelina Jolie tersebar sembilan bulan yang lalu dna diikuti dengan proses perceraian yang agak messy, Brad Pitt pula mengambil peluang untuk bersuara.

 

Foto: Nicky Nelson/WENN.com

Jolie memfailkan perceraian ini ikutan dakwaan yang Pitt hilang kawalan terhadap anak mereka Maddox sewaktu berada di dalam kapal terbang peribadi mereka. Insiden tersebut melibatkan pihak FBI untuk membantu menyiasat dan kemudiannya telah disahkan sebagai salah faham.

 

“Tindakan saya terbatas kerana terikat dengan satu sistem semasa Khidmat Kanak-Kanak tiba membuat siasatan,” terang Pitt kepada GQ.

 

Sejurus selepas keadaan kembali tenang, mereka membuat keputusan untuk tidak membawa perceraian mereka ke pihak umum demi anak-anak mereka kerana ianya bukan perkara yang positif untuk mereka saksikan.

 

Pitt juga mengaku bahawa proses perceraian ini sukar bagi dirinya.

 

“Peringkat pertama adalah gesaan untuk memegang kuat kepada apa yang kami ada dan kemudiannya sesuatu yang klise: “If you love someone, set them free.” Saya memahami frasa ini sekarang. Maksudnya adalah untuk mencintai sesuatu tanpa pemilikan.”

See also
Farah Khan Reka Uniform Baru MAS

 

Apabila ditanya bagaimana dia menyampaikan berita ini kepada kesemua anak-anaknya Pitt menyatakan bahawa dia menerangkan keadaan keluarga mereka di masa hadapan dan dia juga mmebantu mereka untuk memahami situasi dia dan Jolie buat masa ini. Dia memberikan lebih fokus untuk memastikan anak-anaknya kekal tabah sepanjang proses ini.

 

Dalam temubual itu juga Pitt mendedahkan yang dia mempunyai isu penyalahgunaan dadah yang menjadi isu besar buat dirinya. Wala bagaimanapun, dia telah memastikan dirinya bersih selepas perceraiannya.

 

“Saya sendiri tidka mengingati sehari pun dalam hidup saya selepas kolej di mana saya tidak minum, merokok, dan apa sahaja yang tidak sihat. Saya menggunakan benda-benda ini untuk melarikan diri daripada perasaan saya. Saya merasa gembira keran tidak lagi memerlukan benda-benda itu. Saya menghentikan segala-galanya kecuali arak apabila saya mendirikan rumahtangga.”

 

Kata-kata yang Pitt sering ulang untuk memastikan dia fokus hanya pada satu perkara adalah “Family first.” Pitt dan Jolie kedua-duanya telah bersetujua untuk menjaga anak-anak mereka bersama.

See also
Ariana '7 Rings' Grande vs. Anugerah Grammy