Angelina Jolie Cuba Menjalani Kehidupan Normal Namun Gagal - Glam Malaysia

Angelina Jolie Cuba Menjalani Kehidupan Normal Namun Gagal

Perceraian antara Angelina Jolie dan Brad Pitt sudah pun melangkaui tempoh masa sembilan bulan dan Jolie akhirnya berkongsikan kehidupannya selepas berpisah dengan bekas suaminya itu.

 

Foto: WSJ

Pitt sudah pun berkongsikan perasaannya menjalani kehidupan tanpa Jolie dalma hidupnya melalui temubual ekslusif bersama GQ pada bulan Mei yang lalu. Jolie kini mengambil peluang untuk membuka ceritanya kepada dunia bersama Vanity Fair.

 

Pendedahan pertama Jolie adalah keluarganya baru sahaja bermula untuk memulihkan keadaan mereka ikutan perpisahan tersebut.

 

“Kami semua sedang menyembuhkan diri kami daripada perkara-perkara yang berlaku dan membawa kepada penceraian kami,” terang Jolie. Ini membuatkan kami memikirkan insiden yang dilaporkan telah berlaku sewaktu mereka berada dalam kapal terbang peribadi mereka yang melibatkan FBI.

 

“Mereka tidak cuba untuk memulihkan diri akibat perceraian ini. Mereka cuba untuk memulihkan diri dari kehidupan, perkara-perkara dalam hidup.

 

Jolie juga berkongsikan yang dia cuba untuk menjadi kehidupan yang lebih domestik dengan memperbaiki kemahiran memasaknya dan menguruskan urusan anak-anaknya.

See also
Kempen & Jawatan Terbaru Reese Witherspoon Bersama Elizabeth Arden

 

Dia juga baru sahaja berpindah masuk ke rumah barunya, sebuah rumah agam berukuran 11,00 kaki persegi di Los Feliz selepas menetap di rumah sewa untuk beberapa bulan.

 

“Saya hanya mahu menyediakan sarapan yang bagus dan menjaga rumah kami. Itu adalah minat saya. Atas permintaan anak-anak saya juga, saya mengikuti kelas memasak buat masa ini. Sebelum saya melelapkan mata pada waktu malam, saya berfikir yang adakah saya sudah buat sebaik mungkin sebagai seorang ibu atau ini merupakan hari yang biasa?”

 

Pelakon 42 tahun ini juga enggan membiarkan perceraiannya ini memberikan impak yang negatif kepada dirinya dan juga keluarganya.

 

“Kami mengambil berat perihal masing-masing dan juga keluarga kami, dan kami bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama,” terang Jolie mengenai hubungannya bersama Pitt sekarang. “Saya amat merisaukan ibu saya ketika saya membesar. Saya tidak mahu anak-anak saya risau akan saya. Saya rasa ia amat penting untuk menangis di dalam shower dan bukan di hadapan mereka. Mereka perlu tahu bahawa segalanya akan menjadi lebih baik walaupun anda tidak pasti.”

See also
Dolly Dim Sum Kini Berada Di Sunway Putra Mall

 

Dalam tembual ini juga Jolie turut berkongsikan keadaan kesihatannya dan telah mendedahkan bahawa dia menghidap hypertension dan Bell’s palsy. Jolie sebelum ini pernah menjalani pembedahan double mastectomy pada tahun 2013 untuk melawan barah payudara. Sejurus selepas itu dia juga turut membuat keputusan untuk membuang ovarinya.

 

“Saya sebenarnya merasakan diri lebih bersifat kewanitaan kerana saya rasa saya membuat pilihan yang bijak dan mendahulukan keluarga saya. Saya juga bertanggungjawab ke atas hidup dan kesihatan saya,” ujar Jolie mengenai keputusannya.

 

Walaupun Jolie cuba untuk menjalani kehidupan yang normal demi anak-anaknya, dia masih lagi belum bersedia untuk melepaskan peluang untuk mengembara ke negara lain. Sehinggakan anak lelakinya, Know, berjenaka “Siapa mahu menjadi normal? Kita tidak normal. Jangan kita sesekali menjadi normal.” Di mana Jolie membalas “Thank you—yes! We’re not normal. Let’s embrace being not normal!”