Kompilasi Kempen Musim Bunga/Panas 2025 Setakat Ini
Ini adalah kempen fesyen musim bunga/panas 2025 yang perlu anda ambil tahu sekarang! Sesudah koleksi dipentaskan di minggu fesyen, maka tiba masanya pula baju-baju ini dirakam bagi meneruskan cerita. Naratif ini dikumpulkan buat kempen musim bunga/panas 2025 dengan resepi yang berbeza-beza.
Chanel 19 bersama tiga dewi, Siapakah Mereka?
Tiga dewi muda ini adalah wajah utama kempen beg Chanel 19 yang berjiwa muda serta energi yang girang. Siri kempen terakhir adalah persembahan video yang diarahkan oleh Roman dan Sofia Coppola. Margaret Qualley, Marine Vacth dan Taylor Russell ini menjinjit