Promosi - Menangi Percutian di Hilton Kota Kinabalu - Glam Malaysia

Promosi – Menangi Percutian di Hilton Kota Kinabalu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hilton Kota Kinabalu

 

Percutian 3 hari 2 malam di Hilton Kota Kinabalu untuk dua orang berserta sarapan pagi bernilai RM2,500 

 

Hotel berkonsepkan gaya hidup moden, Hilton Kota Kinabalu menawarkan ruang penginapan jenis bilik dan suite yang menarik dan lengkap, diperhebat dengan sistem teknologi pintar di setiap ruang penginapan dan kemudahan lengkap serta servis terbaik untuk kepuasan setiap tetamu. Hanya 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, percutian idaman direalisasi dengan penerokaan alam semulajadi dengan mendaki Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia yang terletak di tapak warisan dunia pertama. Jangan lupa kembara ke Taman Negara Tunku Abdul Rahman, 30 minit dari pusat bandar.

 

Hilton Kota Kinabalu menawarkan teknologi pintar di setiap bilik termasuk pencahayaan masuk automatik, pencahayaan sensor gerakan, dan IPTV bersaiz 48-inci dengan direktori perkhidmatan tetamu digital dan menu perkhidmatan bilik. Terokai percutian indah dengan pilihan jenis bilik dan kemudahan, dan pilih ruang yang bersesuaian dengan cita rasa anda.

See also
Hangat Di Jakarta Sepanjang 2014

 

Bulan ini, GLAM Deko dan Hilton Kota Kinabalu  menawarkan promosi istimewa untuk para pembaca dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan melalui laman instagram @glamdekomy. Pastikan anda telah menekan butang follow di akaun kami! Ikuti langkah-langkah berikut:

 

  1. Repost gambar ini di akaun Instagram anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway, tag orang yang ingin anda bawa ke Hilton Kuala Lumpur dan beritahu kami mengapa anda ingin membawanya bersama.
  2. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy
  3. Tag #hiltonkk dan @glamdekomy
  4. Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan akan dimaklumkan menerusi e-mel pada 6 Mei 2019.

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada  11.59pm, 30 April 2019 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada 6 Mei 2019 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah.
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikuti setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan buat promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal.
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
See also
Senarai Pemenang GLAM - NOV 2016