Cara Atasi Dingin Libido Di Kamar - Page 4 of 4 - Glam Malaysia

Cara Atasi Dingin Libido Di Kamar

Menolak fungsi seks dalam kelangsungan perhubungan rumah tangga yang lebih harmoni ternyata satu stigma yang tidak tepat. Isu perang dingin di ranjang ini bukan perkara baru malah kajian saban tahun telah membuktikan lebih 50 peratus wanita tidak puas dalam perhubungan, begitu juga sebaliknya.

Bercerita ke mana berhujungnya epidemik ini banyak bijak pandai perubatan serta kaunseling menyatakan ia bermula daripada sistem komunikasi yang kurang berkesan antara pasangan. Keinginan membuak suami yang dipandang dingin isteri contohnya tidak dibincangkan secara terbuka dan matang yang akhirnya membuatkan persoalan ini tergantung begitu sahaja yang hujungnya berakhir dengan kes curang atau lebih teruk perceraian.

Gambar: Deposit Photos

Ada beberapa fasa dalam bual seks yang boleh anda kaji terlebih dahulu sebelum go deep dengan perbincangan panjang. Jika sudah terbit rasa kurang minat pasangan terhadap anda cuba tanyakan pada diri sendiri dan observe di mana kurang dan silapnya sebelum terus bertanya. Cuba ikut langkah berikut sebagai panduan.

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

IMBAS MASA INDAH

Cuba ingat kembali atas dasar apa anda berdua jatuh cinta? Salurkan alasan tersebut dalam perhubungan seks dengan cara paling berhemat. Dennis Schipani dalam artikel How to Talk About Sex with Your Husband menulis – “Sometimes a shared sense of nostalgia for what the two of you used to do can be enough to lead you down the path of talking about sex openly.”  Dengan cara ini akan menerbitkan kembali bunga cinta yang masih ada dalam diri.