Cara Atasi Dingin Libido Di Kamar - Glam Malaysia

Cara Atasi Dingin Libido Di Kamar

Menolak fungsi seks dalam kelangsungan perhubungan rumah tangga yang lebih harmoni ternyata satu stigma yang tidak tepat. Isu perang dingin di ranjang ini bukan perkara baru malah kajian saban tahun telah membuktikan lebih 50 peratus wanita tidak puas dalam perhubungan, begitu juga sebaliknya.

Bercerita ke mana berhujungnya epidemik ini banyak bijak pandai perubatan serta kaunseling menyatakan ia bermula daripada sistem komunikasi yang kurang berkesan antara pasangan. Keinginan membuak suami yang dipandang dingin isteri contohnya tidak dibincangkan secara terbuka dan matang yang akhirnya membuatkan persoalan ini tergantung begitu sahaja yang hujungnya berakhir dengan kes curang atau lebih teruk perceraian.

Gambar: Deposit Photos

Ada beberapa fasa dalam bual seks yang boleh anda kaji terlebih dahulu sebelum go deep dengan perbincangan panjang. Jika sudah terbit rasa kurang minat pasangan terhadap anda cuba tanyakan pada diri sendiri dan observe di mana kurang dan silapnya sebelum terus bertanya. Cuba ikut langkah berikut sebagai panduan.

See also
Santai - Plane in the City Kuala Lumpur

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

NILAI KURANG LEBIH DIRI

Lihat diri sendiri, kaji semula apa yang menerbitkan rasa cinta yang pernah ada dulu dan apa yang tiada sekarang. Selepas itu nilaikan kurang lebih yang ada pada diri. Cari masa yang tepat untuk anda berbincang akan hal ini. Sebagai pasangan anda sepatutnya sudah sedia maklum bila masa yang patut dan tidak untuk bercakap dengan pasangan.