Raline Shah, Society Girl Turns Superstar

Raline Shah, Society Girl Turns Superstar

Jika di Indonesia RALINE SHAH dikenali sebagai wajah baru yang sukses kini, si cantik ini mula menjadi tumpuan negara tetangga. Bersama GLAM, aktres ini membuka bicara bercerita mengenai kerjaya seni, kerja amal dan fesyen.

 

Raline Shah, 32 muncul di muka pintu ruang suite Hotel Hermitage, A Tribute Portfolio, Jakarta dengan hanya menyarungkan jaket bomber jeans yang dipadankan bersama skinny jeans dan flat Cole Haan. Polished dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, penampilan Raline Shah begitu chic, langkahnya menangkap lirikan dan sebagai seorang selebriti yang disegani, saya pasti semua sedia maklum yang Raline Shah ini adalah wajah komersial yang sering terpampang di iklan lokal dan antarabangsa. Well, she’s got whatever it is!

 

Tertib menyusun bicara bersulam senyuman, Raline Shah akui Malaysia dan Singapura dekat di hatinya. Si dara cantik ini banyak menghabiskan masa remajanya bersekolah di Malaysia serta Singapura dan berjinak-jinak dengan dunia model sejak berusia 16 tahun. Menceritakan secara ringkas mengenai kehidupan awalnya, Raline dilahirkan dan membesar di Jakarta. Puteri tunggal daripada tiga adik beradik merupakan zuriat kepada pasangan Rahmat Shah dan Roseline Rahmat. Mendapat pendidikan awal di SMP di Medan, melanjutkan pelajaran peringkat A Level di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, Malaysia langsung ke National University of Singapore menekuni  ilmu politik dan berjaya meraih gelar B.A in Political Science dan New Media & Communications (Hons). Usai pengajian, Raline pulang ke Indonesia dan menetap di Medan. Dari Medan dia memutuskan untuk berhijrah ke Jakarta. Menyertai Pertandingan Puteri Indonesia pada 2008 dan walaupun tidak dimahkotakan sebagai Puteri Indonesia pada waktu itu tetapi Raline tidak pulang dengan tangan kosong. Dia berjaya merangkul gelaran Puteri Kepulauan Sumatera, Puteri Terfavorit dan juga dianugerahkan sebagai Puteri Lingkungan Hidup yang ternyata melonjakkan namanya ke peringkat tinggi. Kata Raline “Saya tidak pernah sama sekali bermimpi bisa menjadi seorang model atau aktres. Sejak kecil lagi, dunia seni sentiasa menjadi hobi, namakan sahaja apa jua aktiviti seni menyanyi, teater, menari semuanya saya sertai. Siapa tahu, hobi ini bertukar menjadi pekerjaan yang serius.

 
[envira-gallery id=”83112″]

Cerita Raline, dia mengecap kepuasan peribadi apabila kerjaya seninya kini berusia empat tahun. Membintangi filem 5 cm (2012) sebagai Riani, 99 Cahaya di Langit Eropa (2013), 99 Cahaya di Langit Eropa Part 2 (2014), 99 Cahaya di Langit Eropa The Final Edition (2014) sebagai Fatma, Supernova (2014) sebagai Rana, Surga Yang Tak Dirindukan (2015) sebagai Mei Rose, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2016) dan terbaru Terpana (2016) meletakkan nama Raline antara barisan pelakon paling hot di Indonesia. “Kerjaya seni saya bermula lambat iaitu pada 2012 saat saya membintangi filem 5 cm arahan Rizal Mantovani dengan mendukung watak  Riani. Titik awal ini adalah pembuka laluan kerjaya di mana saya memberanikan diri untuk lebih serius dalam bidang lakonan. Jika diamati kesemua filem yang saya bintangi, mulai dari filem  pertama mempunyai pesanan atau mesej yang positif kepada penonton. Saya selektif pada kualiti produksi terutama sekali  skrip. Setiap kali mendapat tawaran, soalan pertama yang saya ajukan pastinya filem tentang apa? Saya tidak tamak dalam soal menjayakan sesuatu pekerjaan kerana yang paling utama adalah kualiti. I never in competition with others, I just compete with myself.” Bagi Raline filem itu harus menjadi sumber inspirasi dan bisa dijadikan teladan kepada anak muda. “Sebagai contoh, filem 5 cm mengajar anak muda untuk mencuba sesuatu yang baru, meneroka alam, mengejar impian disamping menjulang unsur murni kemanusiaan seperti silaturahim antara sahabat yang menjadi titik utama. Begitu juga dengan filem 99 Cahaya di Langit Eropa dimana filem ini mengisahkan tentang pemahaman agama Islam. Islam should be understand instead of judging. Sehingga kini Raline hanya memberikan sepenuh komitmennya  kepada  filem sahaja. Ditanya mengenai sinetron, katanya Sinetron tidak menariknya kerana kebanyakan jalan ceritanya tidak memberikan inspirasi kepada anak muda. “Sinopsis ceritanya lebih terarah kepada pergolakan hidup yang cukup memeningkan. Wataknya pasti bersandar pada orang kaya, berebut harta, penganiayaan terhadap orang yang lemah dan ternyata ini adalah satu situasi yang saya sendiri tidak mahu ianya berlaku dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi dalam komuniti rakyat Indonesia. Saya lebih fokus kepada karya yang bisa membuatkan orang berfikir dan menjadikan teladan untuk kehidupan yang lebih baik daripada sekadar beremosi tanpa hala tuju yang positif,” jelasnya.

See also
The Women About Town: Cristina Suzanne, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharifah Amani

 

Ternyata percaturan Raline tepat. Kesemua filem yang dibintanginya mendapat sambutan di Indonesia. “Kesemuanya box-office, seharusnya kredit diberikan kepada semua yang terlibat kerana menjayakannya dengan penuh komitmen. It’s a collective effort dan bagi saya chemistry itu perlu ada lagi-lagi dalam dunia seni yang agak mencabar sekarang ini. Saat diberikan kesempatan itu, saya menjalaninya sebaik mungkin.” Ditanya mengenai percaturan bijaknya, ujar Raline di universiti, dia belajar sains politik, media dan komunikasi baru dan kini dia memanfaatkan kemahiran dalam kerjaya lakonannya. “Saya belajar bagaimana untuk menganalisis dan meramalkan hasil keadaan politik yang berbeza. Sekarang saya menggunakan kemahiran untuk menganalisis watak-watak saya. Additionally, politics is a study about power, and acting is also about power: who has the power in the scene, what one character wants out of another. Kehidupan kita, penuh dengan politik dan lakonan. Manusia adalah pelakon semula jadi yang dilahirkan bertindak dengan cara yang tertentu untuk orang-orang tertentu.”

 

Raline tidak hadir hanya dengan satu bakat semata-mata. Selain berlakon dia juga turut dikenali sebagai model. Tidak dinafikan Raline  sememangnya cantik. Aksinya di depan lensa di saat jurugambar profesional Hakim Satriyo membidik butang kamera cukup mempesonakan. With that irresistible doe-eyed look, long luscious hair and graceful demeanor, one can hardly take their eyes off of her. Kemasyhuran yang diraih hari ini ternyata berbekalkan pakej lengkap yang dimilikinya. Maka tidak hairanlah kenapa dia masih kekal sebagai duta produk penjagaan rambut Pantene untuk tahun keempat. “Kali pertama dilantik sebagai duta Pantene adalah bersama-sama penyanyi terkenal Datuk Rossa dan Anggun. Tahun ini adalah tahun keempat, saya dan Anggun dipilih sebagai duta. Ternyata, saya bahagia dengan menjadi brand ambassador kerana kebetulan jenama ini dan saya memiliki visi yang sama! Model bukan sekadar memperagakan pakaian atau melewati pentas peragaan. Sejujurnya, saya tidak mengimpikan untuk bergelar model, saya tidak enjoy tetapi ia punya kaitan dengan dunia lakonan kerana setiap aksi itu adalah part of acting. Fokus saya adalah to be a good example for the younger generation because you never know who you might influence without even saying a word.

See also
A Girl In The City!

 

CHARITY AT HEART Mendengar bicara Raline ini, saya membayangkan kesempurnaan hidup yang sedang dilewatinya. Kekaguman saya pada sosok cantik ini bertambah apabila mendapat tahu hatinya juga secantik wajahnya. Perjalanan hidup Raline penuh warna. Ayahnya berasal dari Medan, Sumatera Utara, Indonesia dan mempunyai Yayasan Sosial dan kini menjadi Ketua Palang Merah Indonesia di Medan, Sumatera Utara. Sementara ibunya, Roseline Rahmat, seorang suri rumah yang juga aktif dalam kegiatan-kegiatan sosial dan kini memangku jawatan sebagai Ketua YPAC Medan. Bak kata pepatah Melayu ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah hebatnya nilai murni yang disemai oleh kedua orang tuanya dalam diri Raline. Latar belakang keluarga yang sememangnya terkenal dengan kerja sosial dan sering melibatkan dirinya dengan hal-hal yang sedemikian turut menyuburkan perasaan tersebut di dalam puteri mereka. Raline aktif dalam komuniti sehingga dirinya berasa bahawa melibatkan diri dengan kegiatan sosial menjadi sesuatu kewajipan. Baginya, doing charity work is an essential part of life if you really want to be happy eternally. “Saya masih ingat pesan ayah, dia bilang jika ingin suara kita lebih didengar, jadilah seseorang. Sejak kecil saya telah dibiasakan dengan kerja amal dan sehingga sekarang usaha murni seperti ini saya jalani dengan tekun. Walau pun sibuk dengan kerjaya seni, namun, ia bukan alasan untuk saya tidak menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Saya dan teman rapat yakni Valencia Mieke Randa telah mengelola dan mengembangkan Rumah Harapan iaitu rumah singgah untuk anak-anak sakit daripada keluarga kurang mampu dari luar daerah. Rumah ini juga disediakan untuk mereka yang sedang menjalani rawatan di kota besar selain dijadikan tempat rujukan layanan kesihatan. Rumah transit untuk anak-anak dari daerah yang sedang mendapat rawatan penyakit kanser, leukimia, dan sebagainya. Saat ini, ada enam Rumah Harapan telah dibina di beberapa kota seperti Bali, Makassar, Bandung, Aceh dan Jakarta”

 

DARIPADA YSL KE CHANEL  Berbual dengan Raline Shah di meja Restoran L’Avenue yang sarat gaya bistro chic sambil ditemani muzik jazz membuatkan saya teruja untuk mengetahui lebih jauh mengenai selera fesyennya. Pernah dinobatkan sebagai salah seorang Asia’s Most Stylish beberapa tahun lalu oleh sebuah majalah gaya hidup sosialit, Raline hanya mengukir senyuman lalu membuka kata. “It wasn’t expected but I’m honored. Bercakap mengenai fesyen saya lebih selesa dengan gaya yang pelbagai dan tidak terikat pada hanya satu trend. Don’t be into trends. Don’t make fashion own you. Kunci gaya adalah keselesaan. Saya tidak suka gaya yang terlalu seksi kerana feysen itu sering berubah tetapi style remains. Malah, saya juga tidak punya kesempatan untuk ke majlis glamor. Pastinya seronok dapat menggayakan helaian yang anggun ke majlis glamor, I wanted to be part of the society tetapi waktu amat mencemburui saya. Kesibukan di lokasi penggambaran, memenuhi acara amal, terbang ke negara tetangga membuatkan saya sering terlepas untuk memenuhi undangan. Mungkin saya cuba mencuri masa hadir di acara glamor bersama majalah GLAM satu hari nanti ya!” gurau Raline sambil ketawa kecil.

 
[envira-gallery id=”83111″]

Raline juga tidak lari daripada berdepan soalan stereotaip mengenai fesyen. Matanya terus bersinar, membias tenaganya yang bersemangat kala bercakap mengenai fesyen. Daripada YSL, Givenchy, Mary Katrantzou sehinggalah Peter Pilotto selera fesyennya sering terbuka dan menerima gaya yang sesuai dengan imejnya. Bersembang mengenai selera fesyennya, Raline berfesyen dan beraksesori mengikut keselesaan. Kiblat gayanya adalah biasan  gaya hidupnya sendiri.  Dengan kata lain dia selalu menata gayanya dengan aktiviti yang kerap di lakukan. “Saya lebih suka yang simple, sporty dan segar. I love leather jacket and it could be my personal style for ages! Selain selesa dengan gaya chic, Raline juga gemarkan beg dan kasut. “Gaya asas adalah penting seperti blazer Yves Saint Laurent dan Chanel yang dipadankan bersama beg Givenchy. Namun, tidak bererti saya harus kelihatan on point sepanjang masa. I’m trying to simplify my life right now. I get rid a lot of stuff because I travel so much. Kerana saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, makanya kebanyakan item fesyen ibu seperti kasut Monalo Blahnik, Stuart Weitzman dan Salvatore Ferragamo dari era 80-an kini menjadi milik saya. Suai padan item ini adalah satu proses yang menyeronokkan. Ayah pula pengumpul jam tangan dan antara jam tangan vintaj yang dihadiahkan kepada saya adalah jenama Patek Philippe. A luxury watch is the ultimate investment!” Ditanya mengenai pereka fesyen kegemarannya, Raline pantas menyebut nama Karl Lagerfeld. Bagi Raline, setiap rekaan dan perincian yang ditampilkan Lagerfeld mencerminkan keperibadiannya. “Antara pereka fesyen antarabangsa yang pernah saya jumpa ialah Tommy Hilfiger dan Tory Burch sewaktu diundang untuk menjayakan pertunjukan fesyen majlis United Nation melalui Yayasan Tenun Indonesia di kota New York, Amerika Syarikat.” Jika lokal, pastinya Biyan, Sebastian Gunawan dan banyak lagi label yang mencuri perhatiannya.

See also
Yuna, Malaysian's Golden Girl

 

Leka menyambung perbualan, saya tersebut nama Tamara Blezinky. Raline terpana. Akui Raline dia cukup meminati aktres terkenal Indonesia ini. “I’m a big fan of her! Orangnya cantik, mempesonakan dan sentiasa muncul di layar komersial. Kami pernah muncul dalam klip video muzik tahun lalu dan ia cukup berbekas di hati saya. Pernah sekali sewaktu zaman saya masih anak kecil, kebetulan kami menaiki pesawat yang sama dan saya berusaha untuk mengalihkan kedudukan untuk duduk di samping dan mendapat tandatangannya.” Mendengar kata-kata Raline ini, saya terus bertanyakan impian masa depannya mengenai Malaysia, Indonesia dan peringkat antarabangsa. “I have the best of the both world. Membesar, menimba ilmu di negara jiran dan pulang berbakti kepada negara asal. Sebagai pelakon, saya mahu mencipta nama di Amerika Syarikat. Tetapi buat masa ini, saya gembira untuk berada di sini, bersama-sama dengan filem Indonesia. Saya percaya jika anda suka dengan  apa yang dilakukan anda pasti melakukannya dengan ikhlas. The energy of the universe will get you there. Indonesia is where I want to be. Sebelum ini, saya selalu berfikir bahawa saya mahu pergi antarabangsa seperti Hollywood tetapi kini tidak lagi. Indonesia memerlukan pelakon yang baik jadi, saya harus tinggal dan terlibat dalam adegan filem di sini sebelum saya ke luar negara. Saya mahu orang ramai memahami apa sebenarnya kebudayaan Indonesia. Oleh itu, saya mesti mencipta nama di sini dan menonjolkan identiti  Indonesia bersama saya apabila ke peringkat  antarabangsa nanti.” Raline mengakhiri perbualan rancak kami.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mac 2017