#PillowChallenge: Anne Hathaway Paling Win
Berikutan perintah berkurung yang diarahkan ke atas kebanyakan negara di seluruh dunia dek pandemik wabak COVID-19, sudah pasti banyak masa terluang apabila berada di rumah. Oleh itu, pelbagai cabaran-cabaran baru media sosial seperti di Instagram dan Tik Tok dilakukan bagi 'membunuh' masa dan seterusnya menjadi ikutan, tidak terkecuali artis-artis popular dunia yang turut menyahut cabaran tersebut. Jika sebelum ini #DontRushChallange 'trending', kini cabaran #PillowChallenge pula popular di kalangan selebriti.
#PillowChallenge adalah cabaran di mana seseorang perlu menggunakan bantal dan menukarnya menjadi busana mewah. Jika sebelum ini Halle Berry, Tori Spelling and Tracee Ellis Ross menyahut cabaran tersebut dan berkongsi hasil kreativiti mereka di Instagram, semalam Anne Hathaway juga tidak ketinggalan!
'Menyarung' bantal biru dan putih dan menukarnya menjadi mini skirt dan dipadankan dengan but kombat hitam, cermin mata, headphones, bibir mungil berwarna merah serta cetakan sayap rerama di bekalang, Anne tampak menawan sekali, sekali gus menghidupkan kembali watak popular yang pernah dibawanya dahulu, Mia Thermopolis dalam filem The Princess Diary, dengan kapsyen "A Queen is never late; everyone else is simply early."