Datin X: Malu Ada Anak Cacat - Glam Malaysia

Datin X: Malu Ada Anak Cacat

Sekarang ni banyak betul viral cerita suami pukul isteri. Dah lah pukul isteri, anak pun jadi mangsa. Bila kes ini dibawa ke pihak berkuasa, mereka yang bertanggungjawab memberi kecederaan dikatakan mendapat balasan tidak setimpal. Cuma perlu bayar denda sahaja? Eh, takut lah Datin X nak komen lebih-lebih. Sebab kita bukan lawyer…so tak berapa arif dalam hal-hal sebegini. Tapi sebagai wanita, Datin X memang against domestic violence. Kamu lelaki, mahu bertumbuk, carilah lawan yang setara. Kalau sudah benci tengok muka isteri sendiri, lepaskan dia dengan baik sebagaimana sewaktu kamu menyuntingnya sebagai isteri dulu. Pondan saja yang pukul perempuan! Ada faham?

Dan hanya kerana Datin X lantang menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai kes suami pukul isteri, tak pasal-pasal Datin X mendapat pesanan ringkas berbunyi marah dan berbaur ugutan daripada si polan tertentu. Padahal manusia ini, Datin X tengok bahagia saja dengan isterinya yang cantik jelita tu. So, kenapa you pula tiba-tiba tak puas hati dan terasa. Dah kenapa? You pun pukul bini jugak ke? Sekarang kami semua dah mula tertanya-tanya, adakah mamat perasan hebat ni pun tergolong dari suami yang memukul isteri? Ha, kan dah pecah lubang? Itulah…kata orang tua-tua, sarang tebuan jangan dijolok.

Datin X selalu beritahu teman-teman yang teraniaya. Ya, wanita memang dijadikan Tuhan sebagai makhluk yang lembut. Tapi percayalah, kita juga kental. Bila kita lalui pengalaman childbirth, nyawa kita ibarat berada di hujung tanduk. Tulang belulang bergerak mengembang tatkala mahu melahirkan satu lagi nyawa. Dan pabila hidup ini mulai menduga, seorang ibu akan tetap bertahan demi anak dan suami sampai tiada apa lagi yang tinggal pada dirinya. Percayalah, wanita makhluk istimewa. Istimewanya kita, hak wanita antara perkara terawal yang Rasulullah sebut dalam khutbah terakhirnya!

See also
Suitcase Diaries: Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Perancis

Wanita memang istimewa, tapi kami juga tidak sempurna. Ada juga yang perangai serupa gila seperti cerita hush hush ini yang sebenarnya ramai tidak tahu. Fasal suami isteri muda yang gaya hidupnya…wah! Memang boleh membuatkan orang cemburu. Sudahlah kedua-duanya good looking, di Instagram pula, mereka ibarat menjalani sebuah kehidupan yang tersangat sempurna. Bercuti di Greece, terbang first class, ada driver ke sana ke mari. Bininya asyik selfie saja kerjanya. Lakinya macam tak kerja, asyik bergambar dengan ‘business partners’ di restoran-restoran mewah dan tangkap gambar pegang stereng kereta sport sahaja. Seronok sungguh kan hidup sepertikan tiada masalah? Tapi kita semua tahu, dalam dunia ini tiada apa yang sempurna. Di balik tirai rumah tangga yang picture perfect ini, tersimpan sebuah rahsia keluarga.

Awal tahun ini, pasangan ini ada menimang cahaya mata. Sebelum tiba due date, semestinya si isteri sudah sibuk post di Instagram segala macam produk bayi mahal-mahal sebagai persiapan. Bilik nurseri pun sudah siap hasil ilham pereka dalaman ternama. Namun, tiada siapa yang mampu menduga apa perancangan Tuhan. Bayi yang dilahirkan ada sedikit kecatatan. Tak perlulah Datin X beritahu cacatnya fizikal atau mental, tetapi apa yang pasti bukanlah life threatening. Sekali pandang pun kita tak akan dapat meneka yang bayi tu ada kekurangan.

See also
Lady Gaga Goes Classy Untuk Koleksi Tiffany HardWear

Tapi kisahnya, suami isteri tersebut begitu kecewa dapat anak kurang sempurna dan habis satu hospital swasta itu dimaki oleh sang suami kerana dikatakan cuai tidak dapat kenal pasti ‘kecacatan’ tersebut dari awal yakni sejak dari dalam perut lagi. Paling Datin X tak faham adalah apabila isteri pula sampai hati pulang begitu sahaja, tinggalkan anak yang baru dilahirkannya di hospital. Mana pergi naluri keibuan? Okey, mari kita berbaik sangka. Mungkin ibu tersebut tengah meroyan. Dan rasanya hampir seminggu jugalah bayi malang tersebut tinggal di wad sebelum dituntut semula oleh ibu bapanya. Itu pun setelah pihak hospital berkali-kali menelefon minta diambil bayi untuk dibawa pulang. Setelah didesak, akhirnya pasangan tersebut akur.

Sangkaan Datin X sebenarnya meleset. Ingatkan mereka berdua sudah insaf dan sedar, rupa-rupanya kemarahan masih berbekas. Kalau tidak mengapa mereka menghantar bibik dan driver ke hospital untuk ambil bayi sendiri? Malu sangatkah ada anak cacat? Mungkinkah anak begitu tidak layak dimuat naik gambarnya di Instagram bagi melengkapkan fantasi keluarga bahagia mereka? Pelik ya manusia? Macam ini pun ada. Kalau anak tu kamu tak mahu, ramai lagi di luar sana yang ingin menjaganya. Datuk dan nenek bayi tersebut orang baik-baik. Datin X percaya, anak itu akan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Kalau ibu bapa jijik nak pegang anak sendiri, datuk dan nenek ada untuk membesarkannya.

See also
Neelofa Raih Anugerah Di Monte Carlo, Monaco!

Isu paling jelik di sini adalah betapa hinanya jenis manusia yang menjadi hamba kepada internet. Datin X tak faham dengan spesies manusia yang sanggup berpura-pura mencipta sebuah kehidupan khayalan di alam maya. Dalam kes di atas, sampaikan malu mahu mengaku ada anak cacat! Apa sudah jadi pada masyarakat? Dan kita sebagai orang luar yang memerhati, adakah kita juga menghukum ibu bapa seperti ini dengan memandang rendah kepada mereka hanya kerana anak yang dilahirkan kurang sempurna? Dunia ini bulat. What comes up, must go down. What goes down, will come up. Bak kata bestfriend Datin X yang suka mencelah bila kita tengah hangat bergosip, “Ingat…jangan cakap lepas!” Hari ini hari dia, esok mungkin pula hari kita. Zaman sekarang ni Tuhan bayar cash saja!