Persengketaan Paling Hangat Dalam Industri Hollywood

Pergaduhan Terbesar Selebriti Dalam Sejarah Hollywood

Jikalau kita manusia biasa/marhaen/mortal tidak boleh mengelak daripada kemelut persengketaan dalam kehidupan seharian kita, apakan pula mereka yang berstatus selebriti. Jikalau tidak merasa dengki dengan kejayaan satu sama lain, mungkin juga untuk publisiti murahan supaya boleh kekal relevan? Atau memang rasa tidak puas hati sebab hasutan pihak ketiga, keempat, dan seterusnya? GLAM menghimpunkan 13 persengketaan Hollywood yang melakar sejarah dalam industri sengit itu.

1 of 13

Kanye West vs. Jay-Z

Sewaktu berlangsungnya konsert Kanye West pada Oktober tahun lalu, West telah membuka cerita perihal “rakannya” Jay-Z yang tidak menghubunginnya mahupun isterinya, Kim, selepas wanita itu dirompak di Paris. Dia juga mempersoalkan kenapa anak-anak mereka tidak pernah bermain bersama. Sebulan selepas itu, sewaktu konsertnya juga, West mendakwa Beyoncé enggan membuat persembahan sewaktu VMA jikalau dia tidak memenangi anugerah “Video of The Year” untuk tahun itu.

Jay-Z pula mengaku dalam satu temubual tahun ini bahawa lirik lagu dalam album “4:44” yang dikeluarkan tahun ini bukanlah caranya untuk diss West. Hanya Jay-Z kecewa apabila West melibatkan isteri dan anaknya dalam hal ini. “Anda melibatkan keluarga saya, sekarang ia menjadi masalah bagi saya. Ini benar-benar satu masalah. Dia juga tahu hal ini.”

See also
7 Gaya Selebriti Wanita Di Paris dan Milan Men’s Fashion Week