Penyanyi Duffy Dedah Pernah Dirogol, Diculik - Glam Malaysia

Penyanyi Duffy Dedah Pernah Dirogol, Diculik

Masihkah anda ingat lagu Mercy dendangan Duffy sekitar 10 tahun lalu, di mana ia menjadi siulan serta antara one-hit-wonder sekitar tahun 2007? Lagu ini turut meletakkan Duffy sebagai penyanyi wanita Welsh pertama dengan hit nombor satu di carta-carta muzik di UK ketika itu, malah Duffy turut pernah memenangi anugerah Grammy sekitar tahun 2009 untuk kategori Best Pop Vocal Album  Namun, selang beberapa tahun kemudian Duffy atau nama sebenarnya Aimee Anne Duffy mulai menyepi.

Setelah sekian lama menghilang dari radar seni, Duffy akhirnya muncul namun mendedahkan kisah hitam di sebalik kehilangannya. Jelas Duffy dalam hantaran di Instagram, dia pernah ‘dirogol, diberikan dadah dan diculik’ untuk beberapa hari. Kesan tragedi itu, dia menjadi trauma dan perlu mengambil masa beberapa tahun untuk melupakan kisah silam tersebut.

https://www.instagram.com/p/B8_95uYhFMQ/?utm_source=ig_embed

Duffy turut menjelaskan, muzik membantunya kembali berdiri dan bangkit dari mengenang nasib buruk yang menimpa dirinya. Jelas Duffy, “Sudah pasti proses penyembuhan mengambil masa. Ia tidak mudah. Pasti ramai yang tertanya kenapa saya tidak menceritakan perkara ini dari awal lagi. Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di mata saya untuk tatapan dunia. Saya bertanya dalam diri, bagaimana saya ingin menyanyi semula sedangkan hati saya retak, dan menunggu masa untuk hancur.”

See also
Debbie Goh Pernah Kelilingi Dunia Selama Tiga Bulan

Namun adakah Duffy akan kembali menyanyi? Segalanya masih belum jelas namun pastinya peminat merindui kemunculan semulanya. Duffy, come back okay!