Pecah Tradisi! Kenali Halima Aden, Model Berhijab Pertama Memakai Burkini Untuk Sports Illustrated Swimsuit
Say hello the newest member of the Sports Illustrated Swimsuit family! Hari ini, internet berjaya dipecahkan oleh Halima Aden! Dek penularan gambar seorang model berhijab yang pertama kali tampil menghiasi isu majalah wanita yang kebiasaannya menampilkan wanita seksi menyarung bikini dan bergambar di lokasi-lokasi eksotik, Halima Aden berjaya memecah tradisi dan permainan biasa industri ini. Menjadi model hijab pertama ditampilkan dalam isu swimsuit ini yang bakal diterbit dan dipasarkan 8 Mei nanti, Halima Aden nampak anggun dan menawan menerusi beberapa keping gambar yang dirakam jurufoto terkenal, Yu Tsai.

Menerusi dalam satu temubual, jelas Halima "Swimsuit sentiasa berada di barisan hadapan dalam mengubah naratif dan perbualan mengenai isu-isu sosial hangat dan tanggapan yang dipertimbangkan. Saya berharap penampilan saya ini akan membuka peluang bagi komuniti Somalia, komuniti Islam, komuniti pelarian dan mana-mana komuniti lain untuk menjadi luar dari kebiasaan."

Bertaut teguh pada prinsip “Don’t change yourself. Change the game", Halima Aden sudah membuktikan tiada apa yang mustahil, walaupun pada ketika agama islam dipandang jelik oleh sesetengah pihak, namun Halima telah pun membuktikan beliau punya cara uniknya yang tersendiri menyerlahkan sisi Islamiknya pada dunia.

Jom kita intai beberapa fakta menarik tentang Halime Aden yang tidak semua tahu.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

