Pecah Tradisi! Kenali Halima Aden, Model Berhijab Pertama Memakai Burkini Untuk Sports Illustrated Swimsuit - Glam Malaysia

Pecah Tradisi! Kenali Halima Aden, Model Berhijab Pertama Memakai Burkini Untuk Sports Illustrated Swimsuit

Say hello the newest member of the Sports Illustrated Swimsuit family! Hari ini, internet berjaya dipecahkan oleh Halima Aden! Dek penularan gambar seorang model berhijab yang pertama kali tampil menghiasi isu majalah wanita yang kebiasaannya menampilkan wanita seksi menyarung bikini dan bergambar di lokasi-lokasi eksotik, Halima Aden berjaya memecah tradisi dan permainan biasa industri ini. Menjadi model hijab pertama ditampilkan dalam isu swimsuit ini yang bakal diterbit dan dipasarkan 8 Mei nanti, Halima Aden nampak anggun dan menawan menerusi beberapa keping gambar yang dirakam jurufoto terkenal, Yu Tsai.

 

 

Menerusi dalam satu temubual, jelas Halima “Swimsuit sentiasa berada di barisan hadapan dalam mengubah naratif dan perbualan mengenai isu-isu sosial hangat dan tanggapan yang dipertimbangkan. Saya berharap penampilan saya ini akan membuka peluang bagi komuniti Somalia, komuniti Islam, komuniti pelarian dan mana-mana komuniti lain untuk menjadi luar dari kebiasaan.”

 

 

Bertaut teguh pada prinsip “Don’t change yourself. Change the game”, Halima Aden sudah membuktikan tiada apa yang mustahil, walaupun pada ketika agama islam dipandang jelik oleh sesetengah pihak, namun Halima telah pun membuktikan beliau punya cara uniknya yang tersendiri menyerlahkan sisi Islamiknya pada dunia.

See also
GLAM Oktober 2014: Lisa Surihani

 

 

Jom kita intai beberapa fakta menarik tentang Halime Aden yang tidak semua tahu.

 

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Halima, model berketurunan campuran Somalia-Amerika ini dilahirkan di kem pelarian di Kakuma, Kenya di selama usianya tujuh tahun sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.