Malaysian Heroes! Visi Vivy Yusof Perangi Covid-19
Fenomena pemasaran influencer bukanlah perkara baru. Kaedah menggunakan individu yang sangat berpengaruh untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan telah berlaku selama beberapa dekad. Sejak beberapa tahun lalu, fenomena ini kian perlahan-lahan mendominasi dan kekal mendapat tempat di dalam dunia seni, fesyen, gaya hidup dan gastronomi.
Di Malaysia khususnya, gelombang influncer bagaikan satu fenomena apabila nama seperti Vivy Yusof, Neelofa, Hanis Zalikha, Mira Filzah dan ramai lagi meniti di bibir masyarakat. Akui saja, mereka bijak dalam mencatur perjalanan kerjaya selaras dengan perubahan semasa. Dengan pengikut yang mencecah ratusan ribu sehingga jutaan, pengaruh mereka bukan sahaja digunakan untuk mempromosikan perniagaan semata-mata. Sementelah Malaysia diuji dengan gelombang kedua virus Covid-19 yang rata-rata menjejaskan segala sektor di mana situasi ini mendapat perhatian Vivy Yusof. Di atas dasar keperimanusiaan dan sifat murni yang dimilikinya, Vivy Yusof bersama suaminya, Fadzarudin Shah Anuar tampil dengan menubuhkan Dana Sokongan Covid19 FashionValet.
Menerusi laman Instagram rasminya, @vivyyusof :
“Kita memerlukan satu sama lain lebih daripada sekarang. Suami @fadzaanuar dan saya, bagi pihak @fashionvaletcom sedang menganjurkan pengumpulan dana untuk membantu dengan covid19. Kami telah bekerjasama dengan @drmusanordin dan @imaret_my yang telah banyak membantu dengan banyak keperluan.
Semuanya bermula apabila suami dan saya memutuskan untuk menderma beberapa penghawa dingin mudah alih untuk kegunaan hospital dan mendapat reaksi positif daripada pengikut dan orang ramai. Apabila kes kenaikan meningkat, hospital tidak dapat menampung sehingga kita perlu bertindak cepat untuk membantu meraka dan membantu kehidupan pesakit, kakitangan dan sukarelawan selesa. Mereka adalah frontliners yang memerangi covid19 untuk kita dan this is the least we can do for them and our country.
Saya berharap anda akan mengambil masa untuk mendermakan dana walaupun sedikit, however your financials allow. Anda boleh menderma melalui perbankan internet, kad kredit, mana yang paling mudah untuk anda, dengan mengklik pautan dalam bio saya.
Saya juga berharap anda boleh berkongsi video ini dengan sebanyak mungkin orang supaya lebih banyak orang dapat membantu. Masa untuk kita menjadi lebih besar daripada kita sendiri, dan semoga Allah memberkati kamu semua untuk bantuan. Jadi bangga menjadi sebahagian daripada komuniti ini. Terima kasih. ❤ * Derma lebih daripada RM500 layak untuk pengecualian cukai.”
GLAM Malaysia cukup berbesar hati dengan sikap murni, bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Vivy Yusof, suami dan FashionValet. Tahniah!
Klik pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut.