5 Selebriti Yang Enggan Memiliki Zuriat - Glam Malaysia

5 Selebriti Yang Enggan Memiliki Zuriat

Semua wanita yang di dunia ini pasti ingin berkeluarga, dan seterusnya memiliki anak yang ramai untuk kelangsungan keturunan. Namun, jangan terkejut sekiranya ada wanita yang enggan untuk memiliki anak, walaupun sudah berkahwin beberapa kali. Ya, mengejutkan bukan, tapi itulah realitinya! GLAM senaraikan lima selebriti Hollywood yang masih enggan untuk memiliki anak.

——

1. Oprah Winfrey

Siapa yang tidak mengenali mogul dan pengusaha media paling berjaya di dunia ini. Tahukah anda, Oprah memilih untuk tidak memiliki anak sepanjang kerjayanya, walaupun selepas berkahwin dengan Stedman Graham. Alasannya, Oprah merasakan dirinya tidak memiliki kesabaran yang kuat untuk mengasuh dan menjaga bayi. Walaupun tidak memiliki anak secara biologi, Winfrey mempunyai 172 anak perempuan angkat di bawah yayasan Oprah Winfrey Leadership Academy for Girls.

2. Jennifer Aniston

Walaupun sudah berkahwin dua kali, Jennifer yang berusia 50 tahun enggan menjadikan profesion sebagai ibu satu-satunya cara untuk seorang wanita mengecap kebahagiaan. Bagi Jen, beliau menolak kesempurnaan seorang wanita yang ditentukan sama ada seseorang itu mampu untuk hamil atau tidak.

See also
Retorik - Ketagih Viral Wujudkan Minda Picisan

3. Dolly Parton

Penyanyi lagenda ini mengakui tidak sama sekali kesal kerana tidak mempunyai zuriat meskipun pernikahannya bersama Carl Thomas Dean sudah berusia lebih dari setengah abad. Walau umurnya sudah mencecah 74 tahun, Parton yang berasal dari keluarga besar dengan tujuh adik-beradik tetap mengakui menyayangi anak buah serta cucu saudaranya.

4. Chelsea Handler

Pengacara terkenal ini beranggapan bahawa dirinya tidak mungkin untuk menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anaknya. Malah, Chelsea juga mengalami trauma sewaktu kecil apabila terpaksa menggugurkan kandungannya ketika dia berusia 16 tahun. Sejak itu, Chelsea tidak percaya dirinya mampu menjadi seorang ibu sampai bila-bila.

5. Ellen DeGeneres

Walaupun berkahwin dengan pasangan sejenis, pelakon Portia De Rossi, Ellen tetap bahagia dengan kehidupannya malah enggan mengambil anak angkat. Baginya, kehidupannya dengan Portia sudah lengkap dan tiada apa perlu diubah atau ditambah.