GLAM #GirlSquad: Fatin Aziz, Yaya Zahir dan Zirra Azim - Glam Malaysia

GLAM #GirlSquad: Fatin Aziz, Yaya Zahir dan Zirra Azim

fatin aziz yaya zahir zirra azim

FATIN AZIZ
Melihat sinaran Aurora di langit Iceland, bercanda bersama alam di Afrika, menyaksikan teguhnya cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal juga berenang melihat Jerung Putih tersenarai dalam destinasi bucket list Fatin Aziz. Kini merencana label pakaian Slae yang berpaksikan rekaan jumpsuits atau onesies, Fatin gemar menunggang kuda.

 

“Most importantly during my holidays is to go horseback riding in various countries. Dan seingat saya sehingga ke hari ini, saya tidak pernah terlepas akan rutin ruji ini kala makan angin di negara orang.”

 

Comfortably travel in style merupakan pilihan hati. Fatin menyifatkan mengemas beg bagasi bukanlah mudah. “I can’t travel light because I tend to plan my outfits. Packing a suitcase is not an easy task. I’ve tried so many times to travel light, but it never happened. I would say I’m a traveler. Saya akan bercuti bila tidak sibuk langsung dan akan pastikan percutian tidak terlalu lama kerana khuatir akan kerja yang bertimbun. I put traveling quota per say three times a year,” tutur Fatin.

See also
SURAYA YEOP JR

 

“Bertemu kenalan baru adalah antara hal terbaik mengenai pengembaraan selain melihat persekitaran baru. Teringat akan kunjungan solo saya ke Dubai. Ia benar-benar membantu saya meningkatkan keyakinan diri dan membantu saya menemui diri sendiri. Bali, dekat dihati saya. Ia tidak pernah mengecewakan bahkan sudah ke sana enam kali dan masih mahu kembali mengunjunginya. Something about Bali that feels like home.”
 

YAYA ZAHIR
Namanya Zuhairah Zahir. Gadis usia 25 tahun ini lebih mesra sebagai Yaya. Merupakan model sambilan dan pereka dalaman separuh masa, Yaya cintakan seni, fesyen dan menunggang kuda. “Mengenali Fatin sewaktu menunggang kuda bersama pada 2012, kami terus akrab. Zirra pula adalah teman rapat sepupu saya. Berbual mengenai pengembaraan kami bertiga pernah bercuti bersama ke Melbourne dan Seoul,” jelas Yaya mengenalkan persahabatan mereka bertiga.

 

“I consider myself as a traveler. Every year I will take a time off and backpack across Europe for at least for weeks minimum. Saya suka merancang setiap butiran dengan terperinci, misalnya dari tiket penerbangan, penginapan di hotel atau Airbnb, kemudahan pengangkutan mahupun lokasi santapan. As a traveller, you follow your heart, and see things that tourist won’t see. By going with the flow, you will end up finding amazing yet spectacular things.”

 

See also
5 Beg Tangan untuk Serlah Gaya ‘SUMMER BREAK’

Kala mengungkap pengalaman gastronomi terhebat, Yaya memintas Lake Como, Itali. “Last May 2015, me and my friends had a beautiful dinner by the lake. Kami dihidangkan signatur hidangan Itali yakni Gnocchi bersama pencuci mulut popularnya, coklat! We laughed, talked, ate and enjoyed the view of the lake together, it was utterly beautiful!”

 

ZIRRA AZIM
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berpindah randah hampir ke seluruh Malaysia atas tuntutan kerjaya ibu bapanya. “Saya belajar fesyen di Parsons New York dan di Jakarta. Kini merencana perniagaan portal untuk pakaian kakak-kanak, Hall of Kids. Perkara paling melucukan sewaktu bercuti adalah kala di Korea. Saya, Yaya dan Fatin menyewa pakaian tradisional yang dipanggil Hanbok langsung merakam adegan drama Melayu di sekeliling kampung. It’s so hilarious.”

 

“Bersua muka lalu melakar foto bersama Ozzy Osbourne di Los Angeles adalah antara momen yang tidak boleh dilupakan. Menonton persembahan Kevin Hart di Singapura tentunya unexpected journey! Teman lelaki saya membeli tiket dan kami terpaksa meninggalkan Kuala Lumpur dengan segera kerana the show was in the next few hours in Singapore.”

 

See also
Koleksi Seluar Jeans Khloé Kardashian Laris di Pasaran

“I’m more of a tourist. Saya suka merancang jadual percutian kerana mahukan percutian yang selesa. Namun, kalau mengembara, I would be the thrill seeker because I love adventures and extreme activities.” Tahun ini Zirra bakal diijab kabul malah sedang sibuk membuat persiapan. Tanya saya destinasi romantis bulan madu? “Bora-bora Island. It’s such a wonderful place to relax with dear husband. Kalau memilih satu destinasi yang boleh dipanggil rumah, saya pilih Seattle, Washington kerana cintakan persekitaran di sana. Kota itu memiliki keseimbangan antara sebuah bandar maju yang berpeluk mesra dengan alam semula jadinya.”