GLAM #GirlSquad: Putri Azalea, Nora Danish, Alia Alizar, Putri Yasmin dan Faralisa Adril - Glam Malaysia

GLAM #GirlSquad: Putri Azalea, Nora Danish, Alia Alizar, Putri Yasmin dan Faralisa Adril

nora-danish azalea alia alizar yasmin faralisa

PUTRI AZALEA

“Keluarga dan teman-teman memanggil saya Cho. Saya kini sibuk dengan merencana himpunan koleksi terbaru PU3. I used to travel a lot for work during my fashion week or tradeshows days in Tokyo, Singapore, LA and Paris. Namun, kini masa saya lebih terhad kerana sudah punya anak-anak. Saya cuba untuk bercuti dan berehat jika ada peluang.”

 

“Sebagai pereka fesyen sudah semestinya saya perlu tampak presentable. Tidak dinafikan saya memilih untuk menyarung pakaian yang selesa, and I must say I love to dress up once I’m in overseas. Memilih gaya kasual, saya suka memadankan top polos bersama seluar denim berserta but. Mungkin memakai topi dan aksesori buat pelengkap gaya juga bersolek lebih daripada biasa.”

 

Sejak kecil lagi Putri Azalea menghimpun memori percutian, baik di samping keluarga mahupun mengembara secara solo. “I will always love Disneyland, always a kid at heart. Tetapi kenangan terbaru adalah ketika di Borgo Santo Pietro dan kota abad pertengahan San Gimignano di Tuscany. Keindahannya sungguh memukau! Dengan panorama landskap yang mengagumkan, sudah tentu terpahat di ingatan sebagai salah satu destinasi yang sarat saat manis romantik.

 

NORA DANISH

“Sewaktu di Lombok, perjalanan memakan masa selama tiga jam ke pelabuhan untuk berlepas ke Pulau Gili. Saya perasan sudah tidak ada bot yang boleh dicarter untuk ke Gili kerana hari sudah petang. Kami terpaksa mencari jalan alternatif dengan meminta bantuan penduduk tempatan. Mujur mereka bersetuju untuk membawa ke Gili dengan menaiki sampan lantas dikenakan bayaran yang agak tinggi. Setelah beberapa hari di Gili, saya mengambil keputusan untuk ke Bali pula. So instead of taking a flight, we took a small engine boat to Bali but end up sending us to the black sand somewhere which is about six hours away from Denpasar!” Cerita Nora panjang lebar.

See also
GLAM OGOS 2016

 

“Berdasarkan pengalaman tersebut tip terbaik saya jangan melancong berseorangan! It’s so dangerous! You can take risk or don’t make any plans because the best yet to come. Jangan melancong sendirian. Sekurang-kurangnya berdua. Destinasi bucket list saya adalah untuk ke Santorini, Greece, bermanja dengan kehangatan pantai Maldives, Harbor Island di Bahamas dan Algarve Caves di Portugal.”

 

ALIA ALIZAR

Merupakan teman rapat merangkap adik ipar kepada pasangan kembar Putri Azalea dan Putri Yasmin. Alia Alizar mula rapat dengan mereka sewaktu belajar bersama di London. “Perencanaan saya hari ini adalah menguruskan perniagaan kecil keluarga dengan membuka hotel butik Nginap di Taipan, Subang Jaya,” kata Alia mengenalkan diri.

 

“Sebagai pelancong saya gemar melawati lokasi-lokasi yang kaya dengan budaya dan warisan. Aktiviti ketika bercuti semestinya ke muzium, monumen atau kuil-kuil purba juga runtuhan bersejarah. Selain itu, saya gemar berjemur di bawah sinaran matahari dan bermalas-malas di tepi kolam renang atau pantai dengan agak lama. Saya suka pasir dan bauan laut dan hembusan bayu. Bagi saya itu terapi! A destination that I would want to call home is London. Banyak kenangan yang terbina di sini. Di London saya berasa selamat berjalan ke sana kemari. Makanan pula tidak pernah menjadi masalah. I brought my husband there for our honeymoon just to bring him to visit my university and all my favorite spots and hopefully one day I’ll bring my daughter.”

 

See also
Panduan Pil Perancang Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu

PUTRI YASMIN

Terinspirasi dengan gaya punk, jalanan, edgy, santai dan laid back kala belajar di London, segala-galanya terakam rapi dalam kotak minda kala mereka koleksi buat PU3 dan When Our Eyes Met. “Rekaan saya untuk When Our Eyes Met mencerminkan gaya peribadi saya. Manakala PU3 pula lebih elegan, dewasa dan feminin. Di mana saya keluar dari zon selesa saya lalu menikmati perjalanan cabarannya,” jelas Putri Yasmin mengenai signatur kedua labelnya.

 

“Sebagai seorang pereka, kembara ke luar negara banyak memberi inspirasi kepada saya. Saya seorang pengembara yang suka meneroka lokasi baru yang mana boleh memberikan ketenangan fikiran supaya dapat berehat, membaca juga melukis. Also enjoy a little bit of adventure like cycling, finding new beaches and trekking. Keterujaan itu membawakan keseronokan kala berjalan ke tempat asing lantas dapat mengenali kenalan baru menerusi percutian.” “Mengemas bagasi tidak sukar bagi saya kerana saya light packer. Misalnya kalau ke Eropah, saya pastikan untuk membawa sepasang sneaker, dua jenis jaket, jumpsuit dan dress dari When Our Eyes Met. Saya percaya tatkala bercuti atau sampai ke destinasi mesti ada yang berkenan di hati. I like to play dress up when travel but will make sure the garments that I wear is comfortable for short or long flights.”

 

See also
Kenali Tunku Tun Aminah: Jelita, Mesra & Tulen

FARALISA ADRIL

Memilih Kepulauan Polinesia Perancis seperti Bora Bora sebagai destinasi bulan madu, Faralisa Adril lebih senang meneroka daripada melawat objek wisata. “I don’t mind to get lost, namun keselesaan kala berada di negara orang itu adalah penting! Tahun 2014 saya berpeluang untuk menikmati atmosfera unik Mykonos. Saya ingin untuk tinggal lebih lama tapi tidak kesampaian. Saya selalu berpesan pada teman yang mahu berliburan di Mykonos agar tinggal lebih lama dan bawalah semua pakaian serba putih! Menelusuri senarai lokasi idaman, saya mahu ke Afrika kerana ingin sekali menyaksikan air terjun di sana. Saya mahu menyaksikan haiwan liar berkeliaran di Zanzibar dan juga mengenali suku kaum mereka yang berbilang banyaknya.”

 

“Malaysia adalah kampung halaman dan rumah buat saya. Namun, jika diberi peluang saya mahu menetap di London. Kepelbagaian budaya di sana, taman-tamannya yang indah, kemudahan pengangkutan awam, kepelbagaian gastronomi dan kualiti kehidupan yang baik menjadi sebab mengapa saya memilih kota tersebut. Apatah lagi saya pernah terserempak dengan Kate Moss semasa membeli barangan runcit. Itu membuat keterujaan saya berganda!”