Expensive Divorce: Rumah Tangga Punah Diganti Wang - Page 9 of 10

Expensive Divorce: Rumah Tangga Punah Diganti Wang

Ikutan pengumuman perceraian pengasas dan CEO Amazon Jeff Bezos bersama isterinya MacKenzie Bezos minggu lalu, netizen mula membuat spekulasi tentang peruntukan yang bakal diterima oleh MacKenzie selepas ini.

 

Dengan nilai bersih sebanyak $137 bilion, perceraian Jeff dan MacKenzie Bezos bakal memecah rekod kes perceraian berprofil tinggi paling mahal dalam sejarah. Pihak umum pernah didedahkan dengan kos perceraian selebriti seperti Madonna, Paul McCartney, dan Tiger Woods yang memakan puluhan juta USD.

 

Senarai ini, walau bagaimanapun, menghimpunkan golongan elit yang bertarung hingga mencecah nilai ratusan juta untuk menyelesaikan kes perceraian mereka.

9 of 10

2. Rupert Murdoch dan Anna Torv, 1999 — $1.7 bilion

Apabila kedua-duanya penggiat industri media, rahsia mereka sendiri juga tidak dapat dibendung. Tiga cahaya mata dan 31 tahun selepas berkahwin, Rupert Murdoch dan Anna Torv membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 1998. Butiran tentang kes perceraian mereka tidak dikongsikan kepada pihak umum namun nilai $1.7 bilion yang diterima Torv hasil perceraian itu membuatkan semua orang tergamam.