Bersama Suami Tercinta, Shawn Rivera, Jaclyn Victor Mencipta Bahagia Bersama

Bersama Suami Tercinta, Shawn Rivera, Jaclyn Victor Mencipta Bahagia Bersama

Saat bersua dengan penyanyi yang terkenal dengan kelantangan vokalnya, Jaclyn Victor, 39, aura energetik dan positif dirinya bagaikan dapat dirasai. Ini merupakan kali kedua Jaclyn memenuhi undangan menghias ruang personalti GLAM. Kali pertama dia dipilih menghiasi muka depan GLAM isu Disember 2014.

 

Jika dulu kami merisik kisah cintanya bersama suami yang dikasihi Shawn Rivera, 43, hari ini pula kami mendasari isi hatinya sebagai seorang ibu. Riak wajahnya berseri-seri kala bercerita mengenai telatah anak-anaknya iaitu Jonah Josiah Rivera, 2 tahun enam bulan, dan Molly Marguerita Rivera, enam bulan. Menariknya, kedua-dua mereka berkongsi tarikh lahir pada 24 Ogos. Jaclyn Victor bukanlah seorang ibu yang terlalu tegas dalam mendidik anak-anak. Juara Malaysian Idol ini lebih senang sekiranya anak-anaknya menikmati zaman kanak-kanak mereka. “I want them to have courage to try new things, explore their boundaries and enjoy their childhood,” jelas Jaclyn.

 

Penerima Anugerah Vokal Terbaik Juara Lagu ke-28 ini menyifatkan karakter anak sulungnya sebagai seorang yang penyayang, periang, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi serta mesra bersama keluarga manakala anak keduanya pula seorang yang ceria, mudah tersenyum, lebih manja bersesuaian dengan watak anak bongsu. “Sejujurnya menjadi ibu adalah hadiah paling berharga buat diri ini. Kini saya mengerti apa itu erti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Sabar adalah kunci yang paling penting dalam mendidik anak-anak,” ujarnya.

See also
"Life Is Tough, But You Are Tougher" - Kanser Payudara Shannen Doherty Kembali

 

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Jaclyn sudah dikurniakan dua cahaya mata selama empat tahun berkahwin bersama Shawn Rivera. Ini kerana penyanyi ini merahsiakan kedua-dua kehamilannya. “Ya ramai yang tidak tahu tentang kedua-dua kehamilan saya. Surprise! Tahu-tahu je sudah ada anak. This is because I don’t want people to think that I won’t be able to perform on stage due to my pregnancy. Selalunya pihak management pasti akan risau akan kesihatan ibu mengandung tetapi saya tahu kemampuan diri dan tidaklah memaksa sekiranya saya benar-benar tidak larat.” jelasnya. Tambah Jaclyn, mempunyai anak sama sekali tidak menjejaskan kariernya sebagai seorang penyanyi. “Saya bekerja bukanlah selama 24 jam dan kebanyakan kerja saya adalah memenuhi undangan korporat. Jadi jadual harian tidaklah begitu padat. Menjadi ibu bukanlah penghalang untuk wanita mempunyai karier kerana mereka adalah multitasker,” jelasnya. Biduanita kebanggaan negara ini juga sempat membuat persembahan yang mengagumkan sewaktu penutup sukan SEA selepas seminggu menimang cahaya mata kedua. How amazing is that?

 

See also
Siriano Raikan Wanita Curvy di NYFW

 Lazimnya jika mempunyai waktu lapang, Jaclyn akan memanjakan dirinya di spa sebagai hadiah diri setelah penat bekerja. Baginya rawatan spa adalah terapi menghilangkan tekanan. “Kadang-kadang ada juga pergi menonton wayang bersama suami dan anak sulung saya atau menghadiri small gathering with other family members. Sesungguhnya meluangkan masa bersama keluarga adalah momen indah terutama setelah berumah tangga dan mempunyai anak-anak. I treasure every moment with them.” katanya.

 

Sewaktu penyanyi bersuara versatil ini beraksi di hadapan lensa, sempat saya duduk bersembang bersama suaminya, Shawn Rivera yang juga bekerja dalam industri seni. Karakternya sedikit berlainan dengan Jaclyn yang lebih terbuka. Lebih mesra dipanggil Shawn, orangnya agak pemalu namun lama-kelamaan dia selesa berbual dengan saya. Ditanya bagaimana karakter Jaclyn sebagai isteri, dia tersenyum. “She is an amazing wife. Saya sangat bersyukur mendapat dia sebagai isteri. We have so much in common dan bonus bagi saya kerana kami berdua bekerja dalam industri yang sama. Memandangkan kami tidak mahu mengambil pembantu rumah, jadi saya dan isteri akan take turn menjaga anak-anak jika perlu keluar bekerja. Sekirannya kami berdua perlu menguruskan kerja di luar bersama, ibu Jaclyn akan membantu menjaga mereka.” jelas Shawn yang semakin selesa setelah berhijrah ke Malaysia yang sebelum ini menetap di Amerika.

See also
Ex-Girls: Senarai Eksklusif Wanita Yang Pernah Menawan Hati Aktor Kacak Brad Pitt

 

Berbalik kepada Jaclyn, dia turut sama bersyukur mempunyai suami yang amat memahami kariernya. “Dia amat memahami dan pandai melayan kerenah anak-anak. Berat hati saya untuk meninggalkan rumah jika perlu bekerja tetapi bila memikirkan dia ayah yang hebat saya akan berasa lega meninggalkan anak-anak dengannya.”

 

Sebelum mengakhiri perbualan, Jaclyn sempat memberitahu yang dia kini sedang mempromosikan lagu OST Dendam Aurora yang berjudul ‘Nisan Cinta’ nyanyian bersama Siti Nordiana. Ditanya bagaimana dia melihat masa hadapannya lima tahun dari sekarang, penyanyi ini ternyata sudah merancang apa yang dimahukannya. “Tahun ini merupakan tahun ke-14 saya berkecimpung dalam dunia seni suara. Dengan itu saya berhasrat untuk menyanyikan lagu sendiri pula. I think it’s about time for me to put out something. It would be great if someday I get to sing my own song memandangkan suami saya juga seorang komposer,” ujarnya menutup bicara.