Beautiful Inside Out: Royal Princesses of Pahang

Beautiful Inside Out: YM Datuk Tunku Kaiyisah, YM Puteri Amida Afsha Afzan, YM Puteri Munawarah Syammiyah, YM Puteri Afzan Shakira Nabila

Menyelak tabir istana diraja Pahang, GLAM membingkiskan empat puteri bertalian sepupu yakni PUTERI AMIDA AFSHA, TUNKU KAIYISAH, PUTERI AFZAN SHAKIRA DAN PUTERI MUNAWARAH SYAMMIYAH – antara perkongsian kisah peribadi, perniagaan dan kerja amal. They’re truly beautiful inside out!

 
[envira-gallery id=”83163″]

YM PUTERI AMIDA AFSHA AFZAN

 

Biarpun usianya masih muda, setiap butir bicara yang terbit dari bibir Puteri Amida Afsha Afzan Binti Baharim, 22, mencerminkan kematangan. Empunya diri baru sahaja menamatkan pengajian dari Universiti Limkokwing dalam jurusan Broadcasting & Journalism. Buat masa ini dia bekerja di Prettysuci yakni syarikat milik sepupunya, Tunku Kaiyisah selaku pembantu pemasaran. Dia saja mahu menimba pengalaman bagaimana mahu menguruskan sebuah syarikat sebelum mengorak langkah membina empayar sendiri satu hari nanti.

 

Jiwa puteri muda ini begitu cepat tersentuh apabila melihat anak kecil yang tidak cukup makan dan minum. Semenjak kecil, dia akan menderma makanan kepada rumah-rumah kebajikan anak-anak yatim. Dia mencedok sifat dermawan melalui bondanya, YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang Hajjah Tengku Shahariah Binti Sultan Hj Ahmad Shah. Dirinya sejak daripada kecil sudah diasuh untuk sentiasa bersedekah dengan menolong bonda menyiapkan persiapan majlis berbuka puasa dan memberi duit raya serta hamper kepada kanak-kanak lain, secara tidak langsung aktiviti itu menjadi aktiviti kesukaannya sehingga ke hari ini. Niat di hatinya mahu meneruskan legasi keluarganya untuk terus berbakti kepada golongan yang memerlukan.

 

Amida mahu menubuhkan rumah kebajikannya sendiri bila tiba waktu yang sesuai. Buat masa ini sebaik selesai pengajian dia membabitkan diri dengan aktiviti kebajikan bersama UNCHR (United Nations High Commissioner for Refugees). “Ibu sering mengingatkan saya, “Kita diberi kemewahan untuk memilih apa jua makanan yang terhidang di atas meja, tetapi sedarkah kita ada orang yang kebuluran dan setiap hari memikirkan apa yang dapat dimakan?” Kerana itu, saya berasa ia menjadi tanggungjawab saya untuk menolong insan yang memerlukan. Saya membuat kerja kebajikan bersama UNCHR dengan mengajar kanak-kanak mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sejak dari tahun 2012 lagi apabila ada waktu terluang. As for now, I’m still teaching English and Bahasa for year three, aside from working with Prettysuci.”

 

Bercerita mengenai fesyen, Amida bukanlah seorang yang begitu obses dengan trend semasa. Dia akan pentingkan keselesaan daripada mencuba fesyen itu dan ini. Zara dan Topshop adalah gedung membeli belah yang amat disukai. “You will be surprised that most of my clothes that I wear are from my aunties and my cousins! Barang berjenama jarang saya beli, saya selalunya akan membeli sesuatu yang berjenama kalau saya betul-betul suka. Begitu juga dengan beg tangan. Saya akan pakai beg yang sama untuk jangka masa yang lama sehingga ibu saya menegur suruh tukar. Untungkan bakal suami? Jimat duit! Hahah!”, selamba dia bergurau sambil tertawa nakal.

 

Amida menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sangat mengambil berat dan penyayang dengan orang di sekelilingnya. Dan ada masa dia juga boleh berubah menjadi watak yang sangat tegas. “Sejak di bangku sekolah lagi, I’ve been told I’m very motherly and I have a lot of lame jokes! Saya ada satu perangai di mana saya akan cuba sebaik mungkin membuat orang di sekeliling saya terhibur, barulah saya berasa tenang.” Tambahnya lagi.

 

Puteri muda ini juga banyak mengutip pengalaman hidup melalui kembara ke negara-negara asing. Terlalu banyak negara yang sudah dikunjungi dan setiap negara yang dilawati memberi cebisan nilai-nilai murni mengenai kehidupan. Bondanya sering menggalakkan dia mengembara untuk melihat budaya serta adat orang asing. Dan perkara wajib sebelum memulakan percutian adalah mengkaji negara yang ingin ditujui. “Ibu mendidik saya dan adik untuk membuat sedikit kajian sebelum pergi ke negara yang ingin kami lawati. Jadi di sana saya sudah tidak terlalu kekok dengan budaya masyarakat tempatan. Travel just makes me feel free and happy. Even though I have been to so many countries, I still have many more on my checklist!”

 
[envira-gallery id=”83160″]

YM DATUK TUNKU KAIYISAH  TUNKU KAMIL IKRAM

 

Saya jadi jatuh cinta dengan personaliti YM Tunku Kaiyisah Tunku Kamil Ikram yang sangat santai. Biarpun aura puteri dapat dirasai tetapi dia bijak membuatkan semua yang ada di sekelilingnya berasa selesa. Sesekali kami akan berderai dengan hilai tawa kerana Kaiyisah orangnya lucu.

See also
Ilham Kasut Platform 70-An

 

Mendasari hatinya, dia mengaku yang dia tidak dibesarkan sebagai puteri raja yang hidupnya hanya goyang kaki dan setiap hari waktu dihabiskan di pusat membeli-belah kerana sejak usia 15 lagi dia sudah berjinak-jinak dalam perniagaan. Dia juga pernah terbabit dengan jualan baju sukan Harimau Malaya di bazar-bazar dan beberapa bisnes lagi. Bezanya kali ini dia membuat bisnes yang benar-benar dekat di hatinya yakni kecantikan. Impiannya kini bukan lagi mimpi buatnya kerana berkat usaha akhirnya Kaiyisah, 33, melahirkan Prettysuci.com, stor dalam talian produk kecantikan dan penjagaan diri pertama di Malaysia. Dan syarat wajib untuk prettysuci.com adalah setiap kandungan terbukti halal. Perniagaan ini dijalankan bersama sepupunya Natasha Ozeir. Hari ini sudah lebih 20 jenama bertapak di bawah naungan prettysuci.com termasuklah dari Taiwan, Korea dan Indonesia. Dan showroom Prettysuci berlokasi di Publika.

 

Dapat saya lihat betapa bangga dan terharunya dia sewaktu memberi sepatah dua kata bersempena dengan pelancaran Pretty Suci baru-baru ini di Shang ri-La, Kuala Lumpur. Ada masa suaranya bergetar sebak mengucap ribuan terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan kepadanya. Antara ahli keluarga yang hadir memberi sokongan pada hari itu adalah ibu saudaranya, KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. “Sejujurnya sejak kecil lagi, apa-apa yang berkaitan kecantikan saya akan obses! Kalau ke Sephora saya akan rambang mata. Tidak kiralah alat mekap ke, produk muka atau penjagaan kulit, kuku, dan rambut. Semua saya akan beli. Insya-Allah satu hari nanti Prettysuci bukan sahaja menjadi Malaysia’s leading halal beauty portal bahkan saya akan jadikan Prettysuci the next Sephora of Malaysia! ujarnya penuh harapan.

 

Saya duduk bersembang dengan lebih peribadi bersama empunya diri. Kaiyisah juga seperti wanita lain dia adalah isteri dan ibu kepada dua orang puteranya. Dia menyifatkan suaminya, Wan Putera Shahril sangat memahami dan memberi kebebasan untuk dia mengejar impian sebagai ahli perniagaan yang berjaya. “Syukur Alhamdulillah, suami tidak bising apabila saya sibuk bekerja. Jam lima petang jika saya belum pulang rumah, suami akan mandikan anak-anak, YM Tun Putera Shakeel Abdullah Shah, yang berusia dua tahun setengah dan YM Tun Putera Khyrie Ahmad Shah, sembilan bulan. Saya balik anak-anak dah selesa dan bersih. Terharu saya dibuatnya. Jangan tak tahu, saya juga jaguh di dapur, saya suka memasak sejak belajar di Australia lagi. Sewaktu menyambut Syawal di Australia, saya menelefon pembantu rumah di Malaysia untuk resepi kuah lodeh dan daging dendeng. Sejak itu saya terkenal dengan dua masakan itu di kalangan teman-teman di sana. Jadi antara resipi kebahagiaan rumah tangga haruslah menjaga selera suami!”

 

Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan, Kaiyisah akan pastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang secukupnya. Kerana itu adalah pesan bondanya, YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Hajjah Tengku Aishah Binti Sultan Haji Ahmad Shah sejak kecil lagi. “Pesan ibu, knowledge is the only thing you have if everything falls apart. Jadi anak saya sejak bayi lagi sudah diterapkan dengan program membaca kaedah Glenn Dorman dan buku bersiri Peter & Jane. Setiap hari jika ada waktu saya akan luangkan 45 minit untuk mengajar anak-anak berselang rehat 15 minit setiap sesi. Dari kecil inilah anak-anak akan mudah serap segala ilmu yang diajar. Anak sulung saya, Putera Shakeel saya hantar ke playschool di Treetop House. Saya saja hantar kerana mahu dia ada skil bersosial dan belajar serba sedikit pada usia awal. Saya juga akan pastikan anak-anak akan berkata ‘please’ jika mahu sesuatu dan mengucap ‘thank you’ jika diberi sesuatu kepadanya. Sentiasa bersikap sopan dengan orang tua walaupun dengan pembantu rumah.” Jelasnya bersungguh-sungguh.

 

Sebelum pulang sempat dia berkongsi cerita mengenai aktiviti-aktiviti CSR (Corporate Social Resposibility) yang sudah menjadi rutinnya sejak kecil lagi. Menurut Kaiyisah, keluarganya terikat dengan badan kebajikan BAKASA (Badan Amal Kasih Sayang) dan SASET (Sultan Ahmad Shah Environment Trust). Dia akui ibunya dan datuknya telah menanam sifat suka menderma dalam dirinya. “Lazimnya ibu-ibu dan bapa-bapa saudara saya akan memberi jadual untuk aktiviti-aktiviti amal kami. Saya sentiasa teruja terbabit dengan aktiviti amal kerana diri berasa amat seronok dapat menolong golongan yang memerlukan. Tak sabar menunggu projek CSR bersama GLAM!”

See also
Keberangkatan Permaisuri Qatar Sheikha Mozah Ke Malaysia Pukau Jutaan Rakyat Malaysia! Siapakah Beliau Yang Sebenarnya?

 
[envira-gallery id=”83161″]

YM PUTERI MUNAWARAH SYAMMIYAH

 

She is single and ready to mingle!” usik si sepupu, Tunku Kaiyisah apabila saya mahu menemuramah Puteri Munawarah Syammiyah. Puteri Munawarah atau lebih selesa di sapa Muna, hanya mengiyakan apa yang dikatakan Kaiyisah dan disambut dengan her contagious laugh. Walaupun Muna berstatus cucu kepada Sultan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah, dia sama seperti sepupu-sepupunya yang lain begitu santai kala bercerita mengenai rutin hariannya.

 

Wanita lulusan universiti Middlesex, London dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan ini akui yang dia kini sedang menjalani program intensif untuk mengurangkan berat badan bersama Xclusivefitness yang dilatih sendiri oleh pengasasnya, Murad Zaidi. Muna percaya kali ini misi kurangkan berat badannya akan berjaya kerana beberapa misi sebelum ini hanya bertahan separuh jalan sahaja. Dia pasti kali ini berbeza. “Frankly speaking, it’s not the first time I’ve hired a personal trainer. Tetapi kali ini saya terhibur untuk melakukan workouts yang berat mungkin kerana Murad bijak menukar-nukar jenis senaman. I don’t feel forced to work out at all this time around. Cuma saya agak bergelut dengan diet makanan yang diberi Murad. Saya tidak boleh mengambil sebarang karbohidrat termasuk buah-buahan kerana ia mengandungi gula semula jadi.” Sambung Muna lagi, dalam seminggu dia akan pastikan tiga ke empat kali ke gim. Dan hari-hari selebihnya dia akan berlari di treadmill sejauh tiga kilometer. Muna juga membuat pengakuan terkadang itu ada juga dia mengelat dengan dietnya dan pasti Murad akan memarahinya. “Sorry Murad! I just had Nutella last night! Saya memang kalah dengan Nutella! Sedap! Kadang-kadang kalau saya mahu tahan dari berlapar, I start juicing dengan Impressed juice iaitu perniagaan teman baik saya, Zaida Ibrahim,” ceritanya lagi. Muna tidak dambakan badan yang kurus kering persis model, sebaliknya mengambil tubuh Khloe Kardashian serbagai sasarannya. “I’ve always loved the curves on me. I just want my body to be toned,” ujarnya lagi.

 

Beralih kepada topik karier, dapat saya agak wanita berusia 29 ini bijak menguruskan syarikatnya kerana berlatarbelakangkan perakaunan dan kewangan. Menjadi pengasas bersama Kafe Collective yang ditubuhkan sejak Ogos 2015, Muna mensasarkan untuk melebarkan perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan pada akhir tahun ini. “Saya memang peminum kopi yang tegar, jadi saya mahu buat perniagaan yang betul-betul saya suka. Kebetulan rakan perniagaan saya ini berkelulusan dalam jurusan pemprosesan kopi. So we imported raw beans from South Africa and India, and roasted it and packaged it in Malaysia. Alhamdulillah lebih 40 klien setia menggunakan kopi kami untuk restoran dan kafe mereka.”

 

Bercerita mengenai kisah cinta, Muna akui dia masih mencari cinta tetapi tidak pula dia terburu-buru untuk berkahwin. “What will your dream wedding be like?” Saja saya mengusiknya. “I wish I can have a beach wedding and everybody is in white. Tetapi saya rasa bertuahlah kalau keluarga bersetuju. I’m talking based on experience! Kerana keluarga saya sangat dominan bab-bab perkahwinan ini.” Sambil matanya menjeling nakal kepada Tunku Kaiyisah Dan Puteri Afzan yang kedua-duanya sudah berkahwin. Kenyataannya itu membuatkan semua yang ada tertawa dengan kenyataan Muna. Ditanya apakah kriteria lelaki idamannya dia tersenyum. “Saya dambakan lelaki baik yang bisa membimbing saya, menerima saya dan keluarga seadanya dan paling penting emosi dan ekonominya haruslah stabil. Dan bonus lah kalau si dia tall, dark and handsome! Haha! Tak lah, cukup sekadar sedap mata memandang.” ujarnya berseloroh dengan saya.

 

Jika ada waktu terluang, Muna akan memberi komitmen kepada badan kebajikan BAKASA (Badan Amal Kasih Sayang) yang ditubuhkan bondanya, YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang Hajjah Tengku Shahariah Binti Sultan Haji Ahmad Shah. BAKASA menyediakan rumah kebajikan khas untuk kanak-kanak yatim piatu dan terbiar yang diberi nama Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan di Raub Pahang. “Saya bangga melihat kanak-kanak ini setiap tahun yang semakin membesar dan juga melihat perkembangan akademik mereka. Cahaya kebahagiaan yang terpancar di mata mereka adalah hadiah terbesar buat diri ini.”

 
[envira-gallery id=”83162″]

YM Puteri Afzan Shakira Nabila

See also
By Invitation Only: Parti Fesyen Terhangat Sepanjang Minggu Fesyen New York

 

Kalau dulu saya agak gugup mewawancaranya untuk wajah GLAM, kali ini saya sepertikan tidak sabar untuk bertemunya. Ini kerana peribadi Puteri Afzan Shakira Nabila Kapten Datuk Mohamed Johan sangat menyenangkan. Dia juga lucu orangnya. “I must be so lucky to be featured on GLAM’s cover twice!” katanya saat bersua.

 

Masih segar di fikiran saya apabila saya bertanyakan mengenai kerjaya, dan dia bertegas untuk menunggu kerjaya yang paling sesuai buat dirinya. Dia mahu bekerja dalam bidang yang benar-benar dia cinta seperti mana ibunya yang amat berdedikasi dalam soal kerja. Hari itu dia sepertikan sudah bersedia untuk menapak dalam dunia perniagaan mengikut jejak langkah kakaknya Tunku Kaiyisah. Ditanya apa yang akan dilakukan, wanita ini agak berahsia, namun setelah dipujuk akhirnya dia melepaskan satu demi satu maklumat mengenai bisnes yang bakal dilancarkannya. “Saya sedang berusaha bersama rakan kongsi saya untuk melancarkan aplikasi yang berkait rapat dengan lalu lintas. Dan khusus untuk wanita. Can you guess what it is? We are still building a business case on this dan saya anggarkan proses untuk melancarkan aplikasi ini memakan masa setahun.” Dia bercerita penuh semangat.

 

Afzan mula terfikir mengenai perniagaan ini apabila dia sendiri berasa tidak selamat mengambil khidmat pengangkutan jika pemandunya adalah lelaki. Dia mahu semua wanita berasa selamat dan tidak bimbang kala menaiki pengangkutan bersama orang asing. Jadi dengan menyediakan khidmat semua pemandu adalah wanita tentunya mendatangkan kesenangan pada kaum hawa. Sekaligus Afzan mahu membuka lebih peluang pekerjaan kepada wanita terutama sekali ibu tunggal. “We are not talking about being skeptical with regards to men, but we are merely concerned about women’s safety. Setelah mengutarakan idea ini kepada ibu, ibulah orang yang paling teruja dengan perancangan saya ini. Saya berasa lega dengan feedback ibu kerana dia seorang yang handal berniaga dan arif dengan perniagaan.”

 

Puteri Afzan Shakira Nabila kami beri jolokan ‘The Fashion Princess’. Lihat saja di akaun Instagram miliknya, fesyennya yang effortless membuat ramai yang menjadikan dia idola. Saya mengusiknya lagi, what is your latest guilty pleasure this time?” “Again, don’t tell my mom! I bought a Louis Vuitton varsity jacket that costs 4000 SGD! Mom, if you read this don’t worry, I bought it with my own money and I did not use my credit card.” Dia menjawab sambil menutup muka. Saya juga bertanya kepadanya mengapa dia tidak menceburkan diri dalam perniagaan yang berkaitan fesyen, Afzan menjawab dengan serius. “Ya benar saya suka fesyen, tetapi saya tidak tahu tentang rekaan baju dan sebagainya, senang cerita fashion will not be paying the bills jika anda bukan orang yang tepat untuk mengelolakannya. Saya perlukan kerjaya yang bisa menampung gaya hidup saya.”

 

Afzan dan suami, Fahmy, baru sahaja pulang dari Los Angelas dan Vegas. Pasangan merpati dua sejoli ini ke sana untuk muzik dan seni festival Coachella. Keseronokan di sana dikongsikan bersama saya. “Saya sarankan semua pasangan muda untuk ke festival Coachella kerana ia sangat menakjubkan! Tiket Coachella berharga 3000 USD termasuk penginapan. Di sana kami menginap di The Westin Mission Hills. Di sana juga kami jumpa ramai bintang A-list. Saya sifatkan ia satu trip yang sangat indah bersempena dengan harijadi suami saya. He was lucky enough to get Vegas and Coachella on his birthday weekend!”

 

Pelajar lulusan Universiti Limkokwing, Cyber Jaya dalam jurusan Professional Communications ini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata. Buat masa ini dia dan suami berdoa yang terbaik supaya mereka dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Ditanya bagaimana dia akan mengasuh anak-anaknya nanti, Afzan mengekspresikan buah fikirannya. “Sewaktu zaman belajar dulu, ibu saya tidak terlalu menekankan saya untuk dapatkan semua subjek dengan markah A. Berbeza dengan keluarga Fahmy, di mana dia membesar di dalam keluarga yang akan mendorongnya untuk bekerja keras, dapatkan markah terbaik dan menjadi pelajar terbaik untuk masa depan yang cerah. Saya dulu agak playful dan pemalas dan kerana itu saya mahu anak-anak saya nanti mengikuti jejak langkah si ayah and I want them to get the best education that life can offer.”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Julai 2017