8 Wanita Paling Berpengaruh di Asia Tenggara 2025

8 Wanita Paling Berpengaruh di Asia Tenggara 2025

Lapan wanita ini muncul sebagai figura paling berpengaruh di Asia Tenggara pada 2025, memimpin perubahan dalam bidang seni, kepimpinan, perniagaan dan budaya serantau.

Dari pentas global Hollywood hingga ruang dasar awam, dari dunia keusahawanan hingga gerakan sosial dan kreatif, pengaruh mereka semakin meluas dan memberi inspirasi kepada generasi baharu. Tahun 2025 menyaksikan wanita-wanita ini bukan sahaja menonjol melalui pencapaian peribadi, tetapi turut membawa perubahan bermakna kepada komuniti serta negara mereka.

1. Michelle Yeoh (Malaysia)

Ikon global yang terus mengangkat nama Malaysia di pentas dunia selepas kemenangannya di Anugerah Oscar. Pada 2025, pengaruh Michelle merentasi dunia perfileman, diplomasi budaya dan aktivisme sosial. Kejayaannya membuka lebih banyak ruang untuk bakat Asia Tenggara di Hollywood.

2. Alexandra Eala (Filipina)

Pemain tenis profesional Filipina yang semakin meningkat di arena antarabangsa. Pada usia muda, prestasinya di kejohanan utama Grand Slam menjadikannya simbol harapan baharu dan mendorong minat besar terhadap sukan tenis di Asia Tenggara.

See also
7 Penampilan Terbaik Selebriti Di Critics Choice Awards 2025

3. Josephine Teo (Singapura)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Josephine Teo (@joteo.ylm)

Sosok penting dalam dunia politik Singapura, terutama dalam dasar ekonomi masa depan, digitalisasi dan pembangunan tenaga kerja. Peranannya membentuk arah dasar serantau menjadikan beliau antara pemimpin wanita paling berpengaruh di ASEAN.

4. Kuok Hui Kwong (Malaysia / Hong Kong)

Pewaris keluarga tycoon, Robert Kuok yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dalam Shangri-La Group. Beliau mengurus salah satu rangkaian hospitaliti paling berprestij di Asia dan mempengaruhi arah industri pelancongan dan perhotelan di rantau ini.

5. Maudy Ayunda (Indonesia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maudy Ayunda (@maudyayunda)

Pelakon, penyanyi dan aktivis pendidikan yang merupakan graduasi dari Universiti Stanford. Pada 2025, Maudy aktif memperjuangkan akses pendidikan, teknologi, kewangan wanita, dan merupakan suara penting generasi muda Indonesia di platform global.

6. Naphaporn Bodiratnangkura (Thailand)

Pewaris dan pemimpin perniagaan Thailand yang menerajui Nai Lert Group, sebuah konglomerat berfokus pada hospitaliti dan pembangunan hartanah. Beliau dikenali kerana memperkukuh posisi Thailand sebagai destinasi mewah di Asia Tenggara.

See also
Taylor Swift Julang Anugerah Ikon, Anggun Dengan Persalinan Versace

7. Tran Thi Ngụ Ngôn (Vietnam)

Arkitek Vietnam yang meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi kerja seni bina konsep sustainability dan kontemporari. Sumbangannya mengangkat reputasi seni bina moden Vietnam dan menjadikannya salah seorang arkitek paling disegani di rantau ini.

8. HRH Princess Azemah Ni’matul Bolkiah (Brunei)

Puteri Diraja Brunei yang aktif dalam sukan polo, inisiatif belia dan pelbagai program kebajikan. Pengaruhnya mengangkat peranan wanita dalam sukan serta memperkukuh usaha sosial dan budaya negara.

Artikel Berkaitan: Wanita Tercantik di Dunia 2025: Senarai 10 Ikon Global Paling Memukau

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.