10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia

10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia

Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac akan datang ini sudah mula membuatkan wanita serata dunia berkobar-kobar memastikan suara mereka didengari. Tanpa mengambil kira status, wanita-wanita ini enggan berdiam diri lagi.

 

GLAM senaraikan 10 wanita era moden yang tampil membantu menjadi suara buat golongan wanita yang tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Dari Duchess of Sussex hingga ke sports superstar Serena Williams, mereka ini membuka jalan untuk membantu mengubah status kehidupan wanita serata dunia.

1 of 10

Meghan Markle

Gambar Chris Jackson/Getty Images

Duchess of Sussex ini masih menjadi tumpuan di dalam kalangan kerabat Diraja England. Dari memakai pewarna kuku gelap ke seorang yang cukup dihormati, inci demi inci, beliau kini masih mempelajari protokol Diraja yang bersesuaian dengan personalitinya. Beliau juga turut memberikan jutaan wanita di luar sana peluang untuk melihat diri mereka sebagai seorang puteri dan kekal menjadi champion atas setiap apa yang mereka kerjakan termasuklah dalam dunia seni, pendidikan, menyokong wanita dan kebajikan haiwan.

See also
Ulang Tahun Ke-61 Malaysia Baru: Izara Aishah Berbicara Mengenai Masa Depan dan Harapan