Wanderlust Expedition Bersama Chanel Cruise 2021 - Glam Malaysia
WANDERLUST
EXPEDITION
CHANEL CRUISE 2021
Kembara magik yang membawa wanita Chanel menikmati mentari terbenam indah di ufuk barat. Sambil melihat horizon jingga bertukar gelap, bayu laut pulau mediterranean dan bunga-bunga merah jambu bougainvillea sebagai penyeri kisah buat koleksi Chanel Cruise 2021
DREAM
ESCAPES
Impian Virginie Viard mahu berlayar ke Capri. Namun cukuplah sekadar dalam mimpi indahnya. Koleksi Cruise oleh Chanel tetap terhimpun dengan bermain dengan keindahan mimpi tersebut. Bayangan wanita kembara ke Capri membuahkan gaya yang effortless. Namun masih kekal elegan mengangkat seni artisan Chanel.


Misi utama koleksi baru Chanel ini adalah memberikan seleksi ceraian yang lebih ringan. Ia mudah dibawa kemana arah mahu dituju. Tanpa perlukan bagasi besar. Fabrik yang digunakan cukup lembut, tidak perlukan ruang besar untuk menyimpannya. Ada juga helaian yang boleh suai padan dengan pelbagai cara serta gaya.
MEDITERRANEAN LOVING
"Kembara ke Mediterranean menikmati setiap pulau indah, bau semerbak eucalyptus, serta berteduh di bawah rimbunan bunga bougainvillea."
BEG MINI CHANEL!
Semangat kembara ini berkisar tentang kebebasan wanita. Maka, dress yang dipersembahkan juga hadir dalam fabrik lame dipadu bersama jaket tweed. Bagaikan menghidupkan semula gaya primadona dekad 60-an yang menguasai percutian indah dalam rentak glamor ringkas mereka.
BUTIK
KASUT
"Sebuah koleksi yang mendefinisikan semula refined simplicity."
BUTIK AKSESORI
BUTIK BEG
"A wardrobe that can be carried in a little suitcase on wheels, a shopper and an embroidered handbag."
10 GAYA PILIHAN GLAM
See also
Pementasan Barisan Hadapan Di Chanel Musim Luruh 2016