Puteri Aishah, 25, wanita muda ini berlangkah kanan dalam dunia seni seni. Biarpun dia masih hijau dalam dunia lakonan, gelanggang dunia ini seakan membuka pintu luas kepadanya. Berderu-deru tawaran diterima bekas finalis top 10 dewi remaja ini. Pelajar Diploma jurusan Diploma TESL mula aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2015. Anak kedua daripada empat adik-beradik ini memberitahu tahun 2018 merupakan tahun bertuah pada dirinya apabila diberi peluang memegang watak utama dalam filem ‘Pulang’. Dia berdiri setanding dengan pelakon A list tanah air yakni Remy Ishak yang merupakan hero kepada filem ‘Pulang’.