Versace Kids, Persiapkan Anak Kecil Jadi Fashionista - Glam Malaysia

Versace Kids, Persiapkan Anak Kecil Jadi Fashionista

Versace Kids mahu perhebatkan gaya anak kecil dengan himpunan musim luruh yang seakan orang dewasa.

Rasanya masih ada ibu bapa yang mahukan anak mereka sedondon dengan mereka. Mungkin bagi ibu bapa ini, baju sedondon dikiranya cukup comel apabila dipandang. Dari baju, seluar, skirt hingga ke aksesori seperti kasut mahupun beg. Semuanya digayakan serupa oleh ibu, bapa dengan anak mereka. Mengapa tidak mahu bergaya sepadan? Ada karakter playful disitu. Sebab itu juga, Donatella Versace taruhkan koleksi sedondon dan sepadan buat himpunan Versace Kids musim luruh 2021.

Versace terkenal dengan citra gaya yang cukup seksi dan powerful. Dua karakter ini dibawa oleh pasukan pereka buat himpunan anak kecil. Dress perak menjadi satu helaian penting di pentas runway Versace. Setiap musim, ada sahaja variasi dress perak ini dipertontonkan, mengikut trend semasa. Lantas, kali ini Donatella Versace mereka satu dress perak asimetri buat himpunan Versace Kids musim luruh 2022. Boleh sarungkan dengan sandal rona sedondon dan berperincian kepala Medusa, satu ikon penting di Versace.

See also
Menu Sejuk Beku Ini Sesuai Buat Ibu yang Sibuk

Ikon-ikon penting di Versace juga dipertaruhkan buat koleksi khas si cilik ini. Ada ceraian dan aksesori La Medusa yakni simbol paling penting di Versace. Ini adalah cara paling penting buat mereka mendidik si fashionista cilik ini tentang simbol utama rumag Versace. Ada beg La Medusa dalam percikan merah jambu asid, cukup menarik mata anak kecil. Selain itu, ada juga cetakan Greca yang semakin hari menjadi cetakan penting di buat Versace.

Pautan Berkaitan: Versace Pre-Fall 2021, Lima Item Pilihan GLAM