GLAM Weddings: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan - Glam Malaysia

GLAM Weddings: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan

Ikatan suci Tengku Natasya Adnan dan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah melangsungkan majlis akad nikah penuh makna.

Tengku Natasya Adnan telah rasmi dipersunting oleh Pangeran Pahang, Tengku Muhammad Iskandar, dalam acara yang penuh makna pada Khamis, 24 Oktober 2024. Dalam momen bahagia ini, Tengku Natasya cukup menawan bersama gaun pengantin yang memikat hati hasil air tangan pereka terkenal Indonesia, Hian Tjen. Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Natasya Adnan sudah pun memikat hati ramai dengan perpaduan keindahan, sentimentaliti, dan semangat cinta.

Dua figura diraja mempamerkan cita rasa dan keanggunan Tengku Natasya Puteri Adnan yang tiada tandingan di majlis perkahwinan mereka. Dengan mencipta suasana yang sempurna antara tradisi dan kontemporari. Dengan setiap detail yang dirancang dengan penuh cinta, gaun ini mencerminkan keindahan seni dan kemewahan abadi.

Hari Istimewa Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Adnan

tengku natasya

tengku natasya

Sentuhan keanggunan, secalit tradisi, keanggunan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan telah menarik jiwa rakyat dengan penampilannya yang cukup jelita dari hujung rambut ke hujung kaki. Oleh itu, solekan karya dari Aditya menaikkan lagi seri wajah Tengku Nataysa.  Melalui tinjauan di media sosial, ramai pengguna terpesona dengan kecantikan menawan isteri Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, serta mengagumi busana pengantin yang dipakainya. Setiap detik di malam istimewa ini dipenuhi dengan pesona dan keindahan, menjadikan Tengku Natasya bintang yang bersinar dalam acara penuh makna ini.

See also
Tengku Natasya Adnan Meraih Keberkatan Ilahi Dengan Majlis Khatam Al-Quran

tengku natasya

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dalam sebuah majlis yang penuh khidmat di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz. Dengan mas kahwin yang bermakna, senaskhah al-Quran menjadi simbolik kepada ikatan suci mereka. Momen ini tidak hanya mencerminkan cinta yang mendalam tetapi juga penghormatan kepada tradisi yang dipegang teguh oleh keluarga diraja.

Kredit: Moza Wahyu @mozawahyu via Instagram

Busana ini berkilau dengan embellishment di seluruh siluet dan lipatan lapisan kain yang terbungkus di bahagian pinggul, menjadikan ekornya menjuntai indah ke lantai. Menggabungkan kesederhanaan dengan sentuhan tradisi, gaun yang memiliki desain lengan panjang yang anggun dan kerah mandarin yang klasik. Dengan tambahan kain Songket untuk kainnya, sosok Tengku Natasya tampil bagaikan ratu di hari bahagianya, dilengkapi dengan tiara dan kalung emas putih yang menambah kemegahan penampilannya. Ini adalah awal bahagia bagi Tengku Natasya dan suaminya, Tengku Muhammad Iskandar, dalam perjalanan cinta mereka yang abadi.

Kredit: Hian Tjen @hiantjen via Instagram

Artikel Berkaitan: GLAM Wedding: Rakyat Jelata Raikan Akad NIkah Tengku Muhammad & Tengku Natasya

See also
Tengku Ampuan Pahang Kongsi Sesi Raptai Perkahwinan Tengku Muhammad