Pada 27 Mac 2021, Neelofa sah diijabkabulkan. Gaun yang dikenakan mencuri perhatian dan masih lagi menjadi bualan. Ramai wanita berhijab di luar sana mahu menjadikan gaun ini sebagai inspirasi. Ada juga yang sudah menambah niqab sebagai salah satu item must-have perlu ada buat majlis nikah. Neelofa tampil anggun dan tidak nampak sarat. Pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam berjaya menghasilkan gaun nikah yang lain dari yang lain untuk Neelofa!