Sydney McLaughlin Kian Mendominasi - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Sydney McLaughlin Kian Mendominasi 01

Sydney McLaughlin Kian Mendominasi

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berusia 21 tahun, Sydney McLaughlin adalah pelari pecut juga pelari berpagar yang melebarkan inspirasinya di dalam atau di luar trek balapan. Pada tahun 2016, wanita muda ini merupakan sebahagian daripada skuad Olimpik AS yang kala itu hanya berusia 16 tahun buat Sukan Olimpik Rio. Sydney berjaya melakar sejarah sebagai Olympian termuda AS yang bersaing di trek dan padang sejak tahun 1972. Lalu, mencatatkan rekod dunia junior dalam 400 meter lari berpagar pada pusingan percubaan bagi mewakili skuad Olimpik.

Sydney McLaughlin Kian Mendominasi 02

Pada Kejohanan Olahraga Dunia IAAF 2019 di Doha, McLaughlin merangkul pingat emas dalam acara 4 × 100 meter lari berganti-ganti dan pingat perak menerusi 400 meter lari berpagar. Langsung, memecahkan rekod terpantas yang ketiga dalam sejarah. Beberapa minggu yang lalu, Sydney berjaya menciptakan rekod baru dunia acara 400 meter berpagar wanita dengan catatan 51.90 saat selepas bertarung sengit dengan Dalilah Muhammad di kejohanan ujian Olimpik AS. Sekali gus, menjadikannya wanita pertama yang menjalankan perlumbaan dalam masa di bawah 52 saat. 

Sydney McLaughlin Kian Mendominasi 03

Di luar padang, Sydney merupakan pejuang yang komited dalam menyuarakan dan menyokong isu-isu anti-buli misalnya. Pencapaiannya yang luar biasa telah membuka jalan bagi melangkaui cabaran Olimpik kedua buat Sdyney untuk mewakili skuad olahraga AS ke Sukan Olimpik Tokyo. Sydney McLaughlin adalah masa depan lapangan olahraga. kepantasan kian mendominasi kejohanan demi kejohanan. Lantas, menciptakan rekod baru.

See also
Keterujaan Mainan Rona Franck Muller

Pautan berkaitan: Spektrum Pelangi