Psikedelia Tiga Fantasi - Glam Malaysia
Psikedelia Vanguard Skeleton Color Dreams 01

Psikedelia Tiga Fantasi

Berimaginasikan percikan spektrum rona bertenaga, Franck Muller Vanguard Skeleton Color Dreams tampil unik.

Tutur kata atau aksen rekaan Franck Muller, ibarat seni. Demikian, ciptaan himpunan Vanguard Skeleton menyingkap tafsiran seseorang individu. Di mana, seutas arlojinya saling tidak tumpah seperti kanvas seni yang menyatakan kegembiraan dan penguasaan ketukangan krafnya. Cukuplah untuk mengatakan, setiap kali pembuat jam tangan asal Switzerland ini memperlihatkan rekaan terbaru, sekalian pemuja lapangan horologi bakal berdiri memberikan perhatian padanya.

Psikedelia Vanguard Skeleton Color Dreams 02

Konstruksi susuk rekaannnya dipersembahkan dengan sempurna menerusi model Vanguard Skeleton Color Dreams, yang mana kini tersedia sebagai model eksklusif Asia Tenggara. Disifatkan sebagai “menyuntikan rona pada pergelangan tangan anda”, lapan warna dari koleksi Franck Muller Color Dreams yang terkenal ditampilkan. Tambah lagi, tersedia dalam trio varian; yakni merah, jingga dan kuning buat iterasi baharu ini. Ia hadir membiaskan cahaya psikedelik yang dihidupkan dalam jam tangan.

Psikedelia Vanguard Skeleton Color Dreams 03

Penampilan rona bertenaga ini pada kerangka silang-menyilang memaparkan pergerakan yang boleh dilihat di bawahnya. Sekali gus, mempresentasikan kerumitan komponen yang terselinding. Bagaimanapun, terdapat kesederhanaan yang dicapai dari unsur-unsur kompleks ini. Ini merupakan sentuhan estetik klasik Franck Muller yang dibina semula dari bawah buat iterasi  siri Color Dreams tahun ini. Vanguard Skeleton Color Dreams, direka sebagai jam tangan kerangka dari awal, menunjukkan pergerakan dari kedua-dua belah jam tangan menerusi bahagian belakang yang tampil terbuka.

See also
Hilangnya Permata Seni Bina Zaha Hadid

Pautan berkaitan: Big Bang e FIFA World Cup Qatar 2022™