Perincian Elegen Première Camélia Skeleton Oleh Chanel - Glam Malaysia

Perincian Elegen Première Camélia Skeleton Oleh Chanel

Gadis Chanel lazim dikaitkan dengan kemewahan dan sifat kewanitaan yang unggul, moden dan berani dari segi mereka bergaya mahupun membawa diri mereka. Chanel juga sering memberikan tumpuan dan perincian kepada aksesori yang mereka gunakan dan ini termasuklah jam tangan.

 

Antara siri jam tangan Chanel yang menjadi tarikan ramai adalah siri Première mereka.

 

Bersempena dengan ulangtahun ke-30 jam tangan Première mereka, Chanel meraikan detik bermakna ini dengan mengembangkan lagi siri jam tangan ekslusif ini dengan Première Camélia Skeleton.

 
[envira-gallery id=”68473″]

Siri ini menampilkan gerakan istimewa Chanel Calibre 2 yang direka untuk menyerupai bentuk bunga camellia seperti yang diinginkan oleh pereka jam tangan Chanel.

 

Rekaan Calibre 2 ini juga mempamerkan kemahiran Chanel dalam menghasilkan sesuatu dengan perincian yang menakjubkan.

 

Berbadankan emas putih 18k dengan perincian potongan berlian, jam tangan ini turut dilengkapi dengan bezel emas putih dan tali hitam satin untuk gaya yang lebih chic.

 

See also
Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman