Use your ← → (arrow) keys to browse
Big Bang Integrated Blue Indigo Ceramic.
Hadir dalam case berdiameter 42 mm, Big Bang Integrated bersedia untuk membawa pemiliknya merentasi perencanaan selama 72 jam tanpa henti yang dijejaki oleh pergerakan UNICO V2 buatan Hublot. Menampilkan kaliber HUB1280, seni bina baharunya hadir lebih tipis dengan pemasangan yang lebih mudah dan kebolehbacaan serta fungsi yang dipertingkatkan.
Big Bang Integrated Green Ceramic.
Disempurnakan dengan gelang bersepadu yang menampilkan tiga pautan bergaya serong dengan permukaan yang digilap kemasan satin. Secara tidak langsung, ia melayangkan efek unik lagi menawan dengan penyatuan estetika fusion yang menyanjung konstruksi bahan monomaterial berbalas intensiti rona monokrom.