Use your ← → (arrow) keys to browse
What Moves You, Makes You
Montblanc telah mengikat pertalian bersama aktor asal Ireland, Cillian Murphy menerusi kempen terkini ‘Mark Makers’ yang memuja Koleksi UltraBlack Montblanc. Murphy yang membintangi siri hit BBC, Peaky Blinders sebagai Thomas Shelby; terkenal dengan stailnya yang razor-sharp lalu dikenali sebagai gangster Birmingham.
Murphy disertai bersama DJ antarabangsa Peggy Gou dan pelakon, penyanyi dan penulis Chen Kun; memegang prinsip serta penceritaan ideal Montblanc yakni “What Moves You, Makes You.” Kempen tahun lalu menampilkan visionary seperti Spike Lee dan pelakon Taron Egerton. Bintang Ireland yang juga terkenal dengan perannya menerusi filem Dunkirk dan The Wind That Shakes the Barley, berkongsi aspirasinya di dalam mengolah sinar kecemerlangan kerjayanya.`