Use your ← → (arrow) keys to browse
Ambassador of Elegance
Regé-Jean Page yang terkenal menerusi perannya sebagai Duke of Hastings. Gayanya yang senantiasa tampil kemas lagi tampan terpilih untuk memperantarai moto Longines, ‘Elegance is an attitude’ . Tidak dinafikan, aktor berdarah campuran Inggeris-Zimbabwe ini miliki daya tarikan yang tersendiri. Tambah lagi, senyuman manis yang membiaskan aura ketampanannya.
Sudah tentu, perkhabaran Page menjadi Ambassador of Elegance yang terbaru tidak sekali menghairankan. Sebagai pelakon yang meledak naik hanya menerusi lapan episod, Page telah menjayakan karakternya dengan mengimbangi energi pewira nan elegan. Didorong sama gayanya yang terbias bersahaja dan keterampilan diri yang segar bagi memerankan komitmennya sebagai Ambassador of Elegance, Longines.