Use your ← → (arrow) keys to browse
Punya keterampilan diri dan imej yang berkarisma. Tambah lagi status kerjaya nan unggul membuatkan jejaka-jejaka ini menjadi rebutan.
Seiring dengan status mereka yang hebat dalam kerjaya juga punya imej yang mengagumkan. Tidak hairanlah mengapa barisan jejaka ini menjadi pilihan jenama arloji tersohor untuk menjadikan wajah jenamanya.
Pemilihan mereka juga dilakukan dengan penuh ketelitian mengambil kira populariti, sukses, gaya hidup serta impak positif yang boleh mereka cerminkan; tatkala mendukung konsep jenama yang diwakili.
Mereka autentik terpalit sama apresiasi buat dunia horologi yang penuh dedikasi untuk kesempurnaan serta inovasi. Ayuh, kenali lima ambasador horologi terhangat dan terbaru masa kini!